Friday 29 January 2010

**jalan2 diWAKTU PAGI...

HAjat dihATI nak jogging mula2nyer...konon nyer nk kembangkan lg otot2 ni...pastu menjadi tragedi menjelajah sawah2 la plak...ho3... tepat kol 7.o5 minit 39 saat, kami mula menjelajah dari permata berjalan tnpa hala tuju tnpa memanaskn badan...he3...dlm hati 'xkn sesat punyer la'... hah...bwh ni ade la ckit2 gmbar nyer...





yea!!sawah yg cantik...subhanallah...pemandangan spnjg perjalan..


pastu p tgk sungai..yer ker sungai???entah la tgk la sndri gmbarnya....

ni la sungainyer...siap ade yg mandi n basuh baju lg...hi3...amin n mira skodeng budak2 mandi..keh4.....(airnya kotor)..erkk!

hah,,skg perjalanan di tepi sawah....mencabar2...kerana batas terlalu kecil..so kna cat walk la ckit....(aku xdek???)

tips berjalan kt sawah:msukkan sluar dlm stokin spy segala binatang2 xdpt msuk...mcm 2 org ni....he3

time ni amin takot nk jln atas titi buluh yg xkukuh (ade 2 btg buluh jer,tu pom 1 dah pecah)..ha3...termenung ekk cek kak?? mira buat donoo...


berjalan smpi la kt kwsan kolam ni...ni budak yg nakal masuk tempat yg blom dibuka...siap menggelongsor lg walaupom xde air lagi...ha3...

yeah...nk tunjuk air sawah dlam kolam tu jer..kotor2....mcm mner aku leh naik atas tuu???nk turun wehhh...tulung2!!

apa pasal tutup muka???vitamin D la cik kak oii...apa da......

ok...sekian..pastu balik...cuci2....

Friday 15 January 2010

LAMBAT BG RESPONSE TAG

OK...Salam..disebabkan cik mila merengek-rengek menyuruh aku menjawab tagnyer,so dgn baik hati aku meluang kan sebanyak masa untuk menjawab soalan2 yang agak susah dan personal ni...

1)ADAKAH ANDA RASA ANDA HOT??
hot???hot yg mcm maner tu??kadang2 memang la aku rase hot terutamanyer bila masak..fuhh..kena wap die..leh cair mekap aku..(oppsss kt dapur pom pakai mekap ker???)

2)UPLOAD GAMBAR KEGEMARAN ANDa...


3)CERITA PASAL GAMBAR.....
emmm...bukan gambar kegemaran pom,saja ja letak..gambar ni aku amek depan cermin dalam bilik kt permata..hu3...xcerita pom korang dah taw...

4)BILA KALI TERAKHIR MAKAN PIZZA???
emm..xpernah kot...xpernah makan..orang kampung biasa la,maner pernah makan pizzaa...makan budu ngan roti jerk....soodaappp..try la..resepi baru ni...(sure lepas makan melompat2 kegirangan)

5)LAGU TERAKHIR ANDA DENGAR??
...down(jay sean feat lil wayne)-tq kt orang yg syorkan lagu ni kt aku...lagu ni memang beshh..

6)APA YANG ANDA BUAT SELAIN MENYELESAIKAn TAG NI??
dengar hot fm...

7)SELAIN NAMA SENDIRI ANDA DIPANGGIL NAMA APA???
fatin, bella, kakak, nabila, sayang, gongok (mse kecik ni sbb gigi ku gongok dulu), bidoh rompong (ni plak panggilan dr abgku apabila kami bergaduh,hu3) dan lain2...

8)TAG LAGI 8 ORANG...

  1. MIRA
  2. MAMA AND BABA
  3. AKK PERMATA
  4. AMIN
  5. TOPEQ
  6. KHAI
  7. KAK TIN
  8. TIKAH YUSOF
9)SIAPAKAH ORANG NO.1 KPD ANDA?
Mira...adalah teman rapat dan jiran saya disini..dia suka binatang,so apa2 jer binatang yg masuk bilik saya,dia akan keluarkannya dengan berani sekali...sejak akhir2 ni dia suka makan ikan..hi3,nk jaga kesihatan la tu,tkot jatuh sakit lagi.he3...gud2..

10)KATA SESUAtu MENGENAI ORANG NO-5?
TOpeq..dia ni xde blog,so aku tag la,,sebab dah xde calon...topeq ade banyak kepelikkan yg orang len xleh buat...ha3...cth:angkat tgn kiri ke atas dan cube sentuh pipi kiri..paham??cube la buat kalu buleh.budak tutor 2 mesti paham...

11)NO.3 ADE HUBUNGAN DENGAN SIAPA?
AKK PERMATA...mane la aku taw...xde mase nk amek taw...tapi amin ske la mintak tolong dgn akk yg kecik2 tu..ha3...(sbb akk tu baik kot)kui4...

12)BAGAIMANA PULA DGN YG NO.4?
AMIN...die pom kawan rapat aku n sejiran...die ni memang rajin study...ske masak gulai ikan kering..dan aku menyukainya...he3..xske bergaya sgt,ske simple2 jer..xmcm kawan die yg ...tutttt....ok paham2..

13)PESANAN KEPADA ORANG NO.6?
KHAI...entah..xtaw nk pesan apa..dah besaw dah bulih pikir sendiri...tp 1 nk pesan,kalu p jatos jgn lupa beli kfc untuk aku yea...mengidam ni...

14)KATA2 CINTA UTK ORG NO.2?
MAMA AND BABA.....i luv u both so much..n i miss u both a lot..tq 4 being my parent..n...sowie xleh balik raya cina ni..hu4...xaci sumo orang balik....nak balik jugak....!!

15)ADAKAH NO. 7 AND 8 MEMPUNYAI PERSAMAAN?
KAK TIN N TIKAH YUSOF
  • tinggal satu umah
  • 2 2 manusia yg normal
  • alamak!aku rase byk perbezaan kot...ha3...(ok malas nk hurai)
16)BERIKAN 5 YG ANDA tahu ORG YG MENTAG ANDA??

MILA
  • orang utara
  • pelajar unpad
  • muka cam mami combi...ha4(jgn mara)~lawa2...
  • suka masak kot
  • mila aku nak coklat bar wehh..ha4...
PEDJAL
  • koya superman
  • mamat kecoh
  • byk scandal
  • hati baik (insyaallah)
  • bile nk belanja aku ais krim lak???aku dah puji dah ni..
17)PERSAMAAN KAMBING DGN LEMBU??
-daging kedua-duanya xleh dimakan oleh orang yg ada hypertension
-kedua2nyer quadruped
-dan lain2,,,,

18)PERASAAN BUAT TAG NI??
lenguh otak nak perah idea...

19)ADAKAH ANDA TAW SI RAZMAN TU SENGAL??
dah agak dah...

20)GAY OR LESS..??
gay=ceria...yes i am gay sometime...
less=kurang...lumrah alam,setiap org ada kekurangannya sendiri..nobody perfect..

.................finish....

Sunday 10 January 2010

POLIGAMI ADAKAH CINTA NAFSU?


Sayang suami ialah perasaan (rasa) yang relatif dan datang secara fitrah; bila seorang itu berkahwin maka sayanglah ia pada suaminya, walau siapa pun lelaki
itu.

Misalnya, seorang perempuan yang pernah bersuami, kemudian berpisah hidup (bercerai) atau mati, kemudian dia kahwin lagi, maka kasihlah ia akan suami barunya. (tidak dinafikan ingatan pada yang lama tetap ada). Kalau suaminya bernama A maka A-lah yang dikasihinya. Tapi taqdirnya suami bernama B, maka B-lah yang dicintainya.

Cinta suami bukan kerana individu suami, tetapi kerana nafsunya memang suka pada suami. Ini berbeza dengan kasih dua ibu bapa pada anak-anak. Sekiranya ditukar emaknya dengan permaisuri raja sekalipun, nescaya hatinya tetap pada ibunya yang berada di kampung. Itulah kasih murni atau cinta fitrah namanya,
sedangkan kasih akan suami adalah cinta nafsu.

Manusia tidak pernah merajuk kalau ibunya beranak lagi; ertinya seseorang itu tidak bimbang kalau kasih ibunya berbelah bagi antara adik-beradiknya. Malah
kalau dia kakak, dia akan turut berbangga dengan kelahiran adiknya, walaupun dia tahu mulai saat itu kasih ibunya bukan lagi untuknya seorang. begitulah
kasih yang murni atau kasih semulajadi yang tidak dikaitkan dengan apa-apa kepentingan. Ia membuatkan seseorang itu rela memberi kebahagiaan kepada orang yang dikasihinya. tapi rasa cinta yang didorong oleh nafsu adalah cinta yang tidak suci kerana ada kepentingan diri. Ia bersalut dengan cemburu dan hasad dengki yang datang silih berganti. Dia ingin bolot cinta untuknya sendiri.

Cinta yang semacam itulah kadang-kadangnya menghancurkan kebahagiaan suami isteri. Khususnya bila suami berkahwin lagi. Isteri sanggup melakukan apa
saja demi melepaskan rasa marah, benci dan dendam pada suaminya, walhal itu semua katanya kerana cinta pada suami.

Mengapa seorang isteri tidak berusaha membuktikan kasihnya pada suami dengan membenarkannya berkahwin lagi? kalau dirasakan itu sudah menjadi keperluan kepada suaminya. Bukankah cinta yang besar perlu dibuktikan dengan pengorbanan yang besar pula.

Selagi seorang isteri tidak mencintai suaminya dengan cinta fitrah (bukan cinta nafsu) selama itulah dia tidak akan membenarkan suaminya berkahwin lagi. Cinta fitrah inilah yang bersemi dalam hati isteri-isteri nabi. Dan ia sentiasa mengatasi cinta nafsu di dalam diri wanita-wanita solehah.

Kiranya seorang isteri terus-menerus gagal untuk memberikan cinta fitrah (suci) pada suaminya, nescaya masalah rumahtangga mereka tidak akan selesai. Kerana cinta nafsu yang dikekalkan itu tidak akan mendorong seseorang untuk mengutamakan kehendak Allah dan kehendak suaminya, kecuali pada perkara yang sesuai dengan nafsunya. Nafsu sifatnya ialah mementingkan diri sendiri. Sedangkan dalam Islam, orang yang paling baik ialah yang dapat memberi kebaikan kepada orang lain, sabda Rasulullah saw:

“ sebaik-baik manusia ialah mereka yang dapat membuat kebaikan terhadap manusia lain.”

Cinta suci hanya lahir daripada iman dan taqwa. Hati orang yang bertaqwa hanya untuk Allah dan Rasul-Nya, yang melihat Akhirat lebih utama daripada dunia. Maka dikorbankanlah dunia untuk Akhirat. Dia rela berkorban demi kehendak Allah dan kehendak suami. Redha dengan taqdir dan menanti Syurga yang dijanjikan dengan penuh rindu.

Seorang isteri yang menghalang suami berkahwin, walhal suaminya perlu berbuat begitu, adalah isteri yang mementingkan diri kerana terlalu melayan cinta nafsu. Sebab bila suami sudah ada hati untuk berkahwin lagi, bermakna suaminya sudah ada keinginan pada perempuan lain selain isterinya. Kiranya keinginan itu tidak tertunai, dihalang oleh isteri, suami itu akan mula liar dan tawar hati dengan isterinya. Dirasakan isterinya tidak faham jiwanya, tidak membantu menyelesaikan masalahnya.

Bila hal ini berlaku, hubungan suami isteri mulai cacat sedikit demi sedikit. Kiranya isteri memahami malah mendorong hasratnya, maka cintanya akan
bertambah. Suami akan rasa berterima kasih kepada isterinya. kepercayaan, kasih sayang dan rasa terhutang budi akan melimpah ruah pada isterinya.
tenteramlah hatinya, dan sekurang-kurangnya dia berjanji pada dirinya, “Aku tidak akan sia-siakan pengorbanan isteriku ini.”

Apa dibimbangkan kasih yang akan berbelah bagi, dan malam yang terpaksa digilirkan? Sebab kalau tanpa poligami pun belum tentu suami kita mengasihi kita seratus peratus. Dan tidak ada jaminan yang setiap malam adalah “malam pengantin” antara kita dengannya.

Takut kekurangan harta atau ekonomi rumahtangga terjejas? Atau risau diri tidak dipedulikan? Apa jaminan bahawa tanpa poligami kita kaya, dan akan selalu dimanjakan? Berapa ramai orang yang tidak berpoligami pun kucar-kacir rumahtangganya, selalu berpisah, papa dan terbiar. malah secara kasar, menurut laporan kadi, kebanyakan kes cerai adalah di antara suami isteri yang monogami.


Ada yang berkata, “Aku akan halang dia sedaya upaya agar dia tidak berkahwin lagi. Biar dia derita asal aku puas. Tidak apa kalau dia simpan perempuan daripada kahwin lagi.” Cakap ini bukan cakap orang mukmin.

Membenarkan suami berzina atau simpan perempuan adalah lebih buruk lagi daripada membenarkan suami berkahwin. Poligami adalah halal, zina adalah haram. Suami akan bebas mencari seberapa ramai perempuan untuk dizinai dan suami akan mencapai kepuasan seks di luar rumah lebih daripada apa yang diberi oleh isterinya. Dan ini akan lebih menjejaskan kasih suami pada isterinya.
Cinta nafsu suami habis terlepas di luar.

Suami yang berzina tidak fikir giliran lagi dan dia bebas untuk balik ke rumah atau tidak balik langsung. Sedangkan suami yang ada dua isteri akan merasa
tanggungjawab, terkawal serta masih suka menggilirkan kedua-dua isterinya itu.

Suami yang menikahi isteri-isteri secara halal adalah lelaki yang bertanggungjawab dan diterima di sisi masyarakat. Sebaliknya suami yang rela berzina untuk keseronokan nafsunya, adalah lelaki yang tidak suci, tiada rasa tanggungjawab, serta tertolak di sisi masyarakat.

Bernikah mencetuskan rasa kekeluargaan antara pihak-pihak yang terlibat. Sedangkan berzina, merenggangkan seseorang dengan keluarganya. anak-anak
akan malu dan kesal kerana ayahnya penzina. tapi kalau ayahnya berkahwin lagi, dengan diredhai oleh ibunya, anak akan bangga dan terasa mempunyai ibu yang baru bersama datuk dan nenek yang baru.

Dengan poligami orang tidak kata lelaki itu jahat. Isteri yang merelakan suami berkahwin satu lagi akan disanjung denga kata-kata, “Hebat awak ni! Kerana mampu berkorban untuk suami hingga begitu sekali.” Lelaki yang bertanggungjawab terhadap isteri yang ramai tentu lebih mulia daripada lelaki yang cuma bertanggungjawab terhadap seorang isteri.

Antara kesusahan berpoligami dan kesusahan bersuami penzina, kesusahan mana yang lebih parah? Manakah yang lebih ringan untuk ditanggung oleh para isteri?

Poligami dalam masyarakat hari ini menjadi begitu buruk kerana ia tidak diamalkan mengikut Sunnah Rasulullah saw. Suami bersalah, dan isteri lagi-lagilah bersalah. Walhal kalau ia dilaksanakan mengikut kaedah syariat yang betul, kebaikannya dan keindahannya akan lebih terserlah.

P/S:sekadar perkongsian, terserah kepada anda untuk menerima atau tidak...

~perMATA HATIku..

Gambar bawah ni,gambar daughter saya...i miss my daughter veyi muzzz... (aikk!bila masa aku kawin)....ha4..koya2....

.....ini hanyerlah iklan yang tak berbayar dan yang telah direject tv3 minggu depan...(bahasa melayu yang masih perlu dibaiki)....

ok,stop...sirius2...


mama and baba

Salam,,,tibe2 jerk aku teringat kt dua org ni....hu3....sirius memang rindu tahap gabang...dah 3 bulan lebih kot xjumpa....wuuwwuuu...n sometimes i cry just bcoz xtahan sgt rase rindu tu..(cam dak kecik!)..ishk2..maner ade..normal la tu...ha4..walaupom 2 org ni masih menganggap aku sbg bdak kecik..he3...i like it.kik3..ye la saper xsuke dilayan macam budak kecik..semua yang kite nak,mesti dapat....ha3...tp jangan la sampai tahap melampau..agak2 ar..

But some remaja xsuke,ye la bg mereka time ni time diorang enjoy ngan kawan2,bukan nyer time duk celah ketiak mak bapak jerr...time diorg bebas membuat keputusan sendiri.macam2 la alasan diorang...ahh...apa aku kisah,yg penting aku sayang mak bapak aku...nk tido celah ketiak pom boleh lg..(tp mak aku xkasi ar...ktenyer mengada2,ha3.....)

ok cukup la tu utk intro..skrg untuk isu yg aku nk post sbnarnyer...ini lah antara ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan 2 org tua kite...


  • Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah paya (pula).(QS. Al AhQaaf 46:15)


  • Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun.Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Ku lah kembalimu.(QS. Luqman 31:14)
  • Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. (QS. Al Isra' 17:23)


  • Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah; Wahai Tuhanku, kasihilah orangtuaku, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku di waktu kecil. (QS. Al Isra' 17:24)


  • Jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudianhanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (QS. Luqman 31:15)"


Walaupom mereka berlaianan agama dengan kita sekali pom, Islam amat menitik beratkan perhubungan antara anak dan ibu bapa..,subhanaallah,betapa indahnya ISLAM...im proud to be in ISLAM...tq ALLAH kerana menciptakan roh saya,tq mak ayah kerana lahirnya saya ke dunia ni..tq my siblings n friends kerana mewarnai hidup saya..ARIGATO...TO all of you...

Selain tu,aku rindu gak adik-beradik ku ni,hu3,,,lambatnya boleh balik..




kak la and kak ni (dua-dua xkawin lagi)



kak ni,saya,atikah (satu-satunya adikku)


serupa x muka saya dengan mama fauziah??ha4...


my beloved family:1 ayah ,1mak ,3 abang ,2 kakak ,1 adik


ok..SEkian...tv dah habis siaran....xxxxxxxxxxx============+++++++.....

Saturday 2 January 2010

COuple ISLAmi...???


Hari ini, seringkali kita dengar dan lihat bagaikan sudah jadi budaya dari yang tidak bertudung hinggalah yang bertudung labuh, serta yang ber’cap’ hinggalah yang berkupiah rata-ratanya terjebak dalam percintaan tanpa ikatan atau lebih dikenali di kalangan remaja dengan COUPLE. Malah untuk pasangan ala-ala islamik dipanggil COUPLE ISLAMI. Bukan ke COUPLE dengan ISLAMI itu dua benda yang sangat bertentangan? Tidak salah bercinta, yang bersalahnya adalah memuja cinta. Sekarang kita bukan bercinta tetapi memuja cinta. Namun bukankah lebih manis jika percintaan itu dengan ikatan pernikahan. Pelikkan, kita takut nak nikah awal tetapi tak takut buat maksiat. Jika kita belum bersedia untuk melangsungkan pernikahan, ertinya kita juga belum bersedia untuk bercinta. Bersediakah kita untuk tidak meletakkan pasangan kita di atas cinta kita pada Allah?

Pelik kan bila mengaji Al Quran 10 minit dah terasa lama, kering tekak dan sebagainya namun bila bergayut dengan pasangan atau bila menghadap handphone 2 jam pun terasa sekejap. Masya Allah sahabat, jika begitu benarkah kita meletakkan Allah di tempat yang teragung dalam hati kita. Jika namanya terkenang-kenang di dalam solat, wajahnya terbayang-bayang, tidur tak lena dan mandi tak basah... jangan kita berani mencabar Allah. Janganlah kita mengundang murka Allah, kelak hidup tiada barakah. Terfikirkah kita apa punca semua perkara ini terjadi? Tidakkah terlintas bahawa ia semua lahir dari pandangan mata dan kurangnya perasaan malu? Dari dua perkara ini akan lahirlah pelbagai masalah lain seperti penyalahgunaan handphone.

Kita harus menjaga pandangan kita. Dari pandangan matalah lahir pelbagai masalah lain kerana ia terus turun ke hati. Memanglah jika hati bersih itulah yang terbaik, namun bersihkah hati kita? Allah sudahpun mengingatkan kita agar memelihara pandangan mata. Tidak kiralah lelaki atau wanita. Bagi yang lelaki rujuklah surah an-Nur: ayat 30 (Katakanlah pada lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya,...) dan untuk yang wanita surah an-Nur: ayat 31 (Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya,...). Apa yang disaksikan oleh kedua mata dan didengar oleh kedua telinga akan berjinak di dalam hati. Kemudian dalam hadith Rasulullah SAW, Baginda menyebut tentang perihal malu. Sabda Rasulullah SAW: setiap akhlaknya dan (punca) akhlak Islam itu adalah al-haya’ (malu). (Riwayat Malik, Ibn Majah dan Baihaqi). Malu dan iman adalah teman seiring jalan seperti dalam Sabda Rasulullah SAW: Malu dan iman adalah teman seiring jalan, jika yang satu diangkat maka terangkatlah pula satu lagi. (Riwayat Muslim).

Bagi seorang wanita yang dapat memelihara sifat malunya, di situ terletak daya penarik pada dirinya. Wanita yang mempunyai sifat malu dan memelihara kesuciannya akan menutup aurat mereka dan membataskan pergaulan mereka dengan lelaki yang bukan mahram. Kita hendaklah yakin dengan janji Allah bahawa sesiapa yang mengotori diri pasti akan rugi di dunia dan akhirat. Oleh itu, hendaklah sentiasa berdoa dengan doa Rasulullah SAW: “Ya Allah, berilah aku nampak kebenaran sebagai kebenaran dan berupaya mengikutinya, dan nampak kejahatan sebagai jahat dan berupaya menjauhinya.”

Perhatikanlah kata-kata pujangga Maulana Iqbal: “Jika ingin melihat keadaan sesebuah masyarakat pada masa kini, lihatlah pada akhlaknya golongan lelakinya pada masa kini. Tetapi jika ingin tahu keadaan masyarakat itu pada masa hadapan, lihatlah pada akhlak golongan perempuannya pada masa kini”. Sedarlah wahai sahabat, kita sudah jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Ketahuilah COUPLE dan ISLAMI adalah perkara yang sangat bertentangan bagaikan langit dengan bumi.

Tiada istilah COUPLE ISLAMI.....

SEKIAN.....

BeraPa RAMAi lelaki yg boleh jadi IMAM..??


"Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.



"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.



Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.


Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!...hu5..(emo2)....

PLEASE CALL “MASJID” Not “MOSQUE”!



Mosque diperolehi dari kata dalam bahasa Sepanyol, iaitu “Mosquito” (“Nyamuk”). Dinamakan seperti itu kerana saat Perang Salib terjadi, Raja Ferdinand berkata bahawa mereka akan berangkat dan membasmi Muslim “like mosquitoes” (“seperti nyamuk-nyamuk”). (Di mana lagi mereka dapat temukan muslim dalam jumlah yang cukup besar untuk dibasmi jika bukan di masjid?).

Lalu tanpa rasa sungkan mereka menyebut “masjid” sebagai “mosque”. Jadi sahabat-sahabat seiman, hindarilah penggunaan kata yang dengan jelas menunjukkan tamparan kemuakan ke wajah ummah. Sampaikanlah sahabat-sahabat kita tentang sejarah dan etimologi (ilmu asal kata) tentang kata ini.

Dan marilah kita ganti kata itu dengan kata yang memiliki makna yang seharusnya: Masjid! Tempat untuk bersujud!! Bukan Mosque: Tempat pembasmian!