Thursday, 4 November 2010
serabut kalapa
knaper la ase serabut ngat rini.something happen ker?entah la.lg pk lg serabut.xpk xsenang duduk.dah wat salah ker?besar sgt ker ksalahan sy??xleh nk maapkan??huhuhuhu~~layan jela perasaan sowg diri....kalaw la ko ade kucingku,bole gak aku ckp ngan ko..bkn ko paham pom..at least ko pndengar yg plg best..i miss u orange...windu plak nk men kejar same2..u polis i pncuri,u kejar i lari..uwaaaaaa..winndu nk balik umah.....huhuhuh...~mood sedih.
utteke??what should i do??
lepaskn internally n externally?
lupakan selama-lamanyer?
membenci?biarkan dibenci?
sarang hae chupke2?
terima?
aaaiiiggoooo~~~serabutnyer.....
aaiigoooo....
aiiigooo......ase nk p mkn ais krim lah...
to u:
im sorry 4 what i have done..i dun know wheather im doing it for any purpose or not...or just not realize it..im so sorry for what i have done...im so sorry to b cruel.
adekah sy meletihkan anda??sorry for being so annoying.sorry also if i had take away ur happiness.plez take it back with u.wish u happy alwayz..
lalalalalala..rupenyer menaip nih memg membntu dikala kita serabut...ooyeeahhh..times to go indomart to buy ais-cream....hahahaahhaah~gelak kuat2!!!
chayook2!!!
Thursday, 23 September 2010
Isu gabung puasa

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-
1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.
2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.
3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)
4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).
6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.
7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.
Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);
Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.
* (Mazhab Syafie)
Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qadha.
Imam as-Syafie di dalam kitab muktabarnya al-Umm ketika mensyarahkan bab 'Innamal a'malu binniat (setiap amalan dengan niat) menyebut hendaklah dibezakan ibadah puasa ramadhan, puasa nazar, puasa kafarat, puasa qadha' dan puasa tatawwu' (sunat).
* Imam Jalaluddin as Syuyuti di dalam kitab al Isybah juga berpendapat demikian hendaklah diasingkan puasa Ramadhan, atau nazar atau puasa sunnat.
* MANAKALA jawapan [Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/383] dalam masalah ini seperti berikut:
"Alhamdulillah. Tidak ada salahnya berpuasa Isnin-Khamis untuk mengqadha' puasa Ramadhan yang tertinggal, dengan syarat puasa dilakukan dengan niat mengqadha puasa...... Mudah-mudahan (moga2) anda mendapat 2 ganjaran sekali, ganjaran melakukan Qadha' dan ganjaran melakukan puasa sunat, dan fadhilat yang Allah berikan itu luas. Walaupun jika anda hanya mendapat ganjaran mengqadha' puasa, ia adalah memadai, kerana mengqadha' puasa adalah lebih mustahak dari melakukan puasa sunat. Akan tetapi jika kamu berniat melakukan puasa sunat dan tidak berniat melakukan qadha', maka kamu masih belum lagi memenuhi tuntutan kefarduan. Maka masih lagi wajib melakukan qadha' puasa Ramadhan. Wa Allahu 'alam dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw dan keluarganya."
* AKAN TETAPI,
jika terdapat masa yang sangat pendek (takut tertinggal peluang menunaikan puasa 6), berbanding dengan puasa qadha' yang banyak; seperti didalam kes wanita yang panjang haidhnya, dibenarkan melakukan puasa enam hari didalam bulan Syawwal, dan kemudian mengqadha'nya sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang. Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan ini merupakan pandangan yang lebih kepada kebenaran. [Sharh al-Mumthi' 6/448].
Wednesday, 25 August 2010
Mood raYer + resepi mak sYayer

Friday, 20 August 2010
5 Star DOctor
Thursday, 12 August 2010
Hilang selera makan waspada Hepatitis C
’’Dibandingkan dengan hepatitis B, hepatitis C lebih ganas dan lebih sering menyebabkan penyakit hati kronik,’’ujar Dr Fatin Nabilah, M.D dari Department Penyakit Dalam dari Hospital KOTA BHARU.
Menurutnya, HVC adalah virus yang amat variati secara genetik. Selain itu VHC juga memiliki angka mutasi yang tinggi, sehingga virus mutan kerap kali dapat menghindari antibody tubuh.
Doktor Siti Amirah teman akrab doktor ini mengatakan, 15% dari kes infeksi hepatitis C adalah acute, bererti secara automatik tubuh membersihkannya dan tidak ada sequence seterusnya. Sayangnya 85% dari kes, infeksi hepatitis C menjadi kronik dan secara perlahan merosak hati bertahun-tahun. Dalam waktu tersebut, hati boleh rosak menjadi sirosis (pengerasan hati), stadium akhir penyakit hati dan kanser hati.
Salah satu gejala umum dari Hepatitis C, sambungnya, adanya kelelahan kronik(teramat letih). Kelelahan juga boleh sebagai kesan sampingan pengobatan Hepatitis C. Rasa lelah akibat Hepatitis C dapat diatasi dengan istirahat cukup dan menjalankan olahraga yang rutin.
’’Sangat penting bagi penderita Hepatitis C untuk mengamalkan makanan sehat dan menghindari alkohol. Alkohol akan menerukkan lagi kerosakan hati, baik itu dalam pengubatan ataupun tidak,’’ungkapnya.
Lebih jauh ia menjelaskan, gejala hepatitis C, sering kali orang yang menderita Hepatitis C tidak menunjukkan gejala, walaupun infeksi telah terjadi bertahun-tahun lamanya. Gejala-gejala yang mungkin samar, lelah, hilang selera makan, sakit perut, air kencing menjadi gelap dan kulit atau mata menjadi kuning.
Dalam beberapa kes, Hepatitis C dapat menyebabkan peningkatan enzim tertentu pada hati, yang dapat dikesan pada ujian darah rutin. Walaupun demikian, beberapa penderita Hepatitis C kronik mengalami kadar enzim hati fluktuasi(meningkat) ataupun normal.
’’Jika anda memiliki resiko terjangkit Hepatitis C atau jika anda pernah berhubungan dengan orang atau benda yang terkontaminasi(contaminated). Satu-satunya jalan untuk mengidentifikasi penyakit ini adalah dengan tes darah,’’sarannya.
Ditambahkannya, penularan Hepatitis C biasanya melalui kontak langsung(direct contact) dengan darah atau produknya dan jarum atau alat tajam lainnya yang terkontaminasi. Dalam kegiatan sehari-hari banyak resiko terinfeksi Hepatitis C seperti berdarah karena terpotong atau bercukur, atau darah menstruasi (haid).
’’Perlengkapan peribadi yang terkena kontak oleh penderita dapat menularkan virus Hepatitis C (seperti sikat gigi, alat cukur atau alat manicure).
Jika anda penderita Hepatitis C, anda tidak dapat menularkan Hepatitis C ke orang lain melalui pelukan, berjabat tangan, bersin, batuk, berbagi alat makan dan minum, kontak biasa, atau kontak lainnya yang tidak terpapar oleh darah.
Saturday, 7 August 2010
benci!!benci!!xsuka kamo!!












Friday, 6 August 2010
~orang jakun makang kat hotel~






Tuesday, 20 July 2010
::-15 PINTU SYAITAN YANG ADA DIDALAM DIRI KITA -::
1) pintu marah
2) cinta dunia
3) kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
4)panjang angan-angan
5) rakus
6) bakhil
7)suka pada pujian
8) riak
9) ujub (merasa kagum)
10)takut dan gelisah
11) buruk sangka
12)memandang rendah pada orang lain
13) merasa suka pada dosa
14) merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
15) putus asa daripada rahmat "ALLAH"
ayuh kawan2 tutup pintu syaitan ini~~pikir2 kanlah....n selamat beramal!!
Monday, 12 July 2010
::warna UNTUK KESIhatan::
Anda mengalami masalah sakit kepala??? tertekan??? atau sering rasa mengantuk????. Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah tersebut...????
he4.....jom bace maklumat dibawah...
HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
WARNA: MERAH
kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin..he3...percaya x???
susah lak nk pecaya....kah3
MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
WARNA: BIRU
Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang...owhh..ye ke????bek balik umah tido....ha4....
ELAKKAN INSOMNIA
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik.....!
CERIAKAN MOOD ANDA
WARNA: JINGGA
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang
berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.
LENYAPKAN KELETIHAN
WARNA: HIJAU
Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi
selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan..hohohoho...mechanism???
::meNEPATI JANji::
Abu Hurairah r.a. berkata: RasuluLlah saw bersabda: Tanda orang munafiq itu ada tiga; jika berbicara ia dusta, dan jika berjanji menyalahi janji, dan jika dipercaya berkhianat. (Bukhari dan Muslim)
- Walaupun pada kita mungkir janji tu biasa je, tapi sebenarnya ia dipandang besar oleh Allah dan RasulNya...
- Sehinggakan, seperti yang kita tau tempat org munafiq adalah neraka.
- Jauhilah daripada memungkiri janji, ditakuti akan jadi munafiq.
- Org yang berjanji tapi tau dia tak leh tepati samalah seperti dia mengikat tali untuk menjerut lehernya sendiri.
- Jgn pandang rendah setiap larangan Allah, kerana ia pasti ada balasan.
- Jgn pandang remeh sesuatu yang kecil kerana dari yang kecil akan timbul yang besar.
- Allah tak pernah jadikan sesuatu dengan sia2.(3:191)
Sunday, 11 July 2010
::hanaMASA::



