Tuesday, 30 November 2010

LUAHAN lelaKi....

ADAKAH ANDA (WANITA) SEDAR BAHAWA ANDA SEBENARNYA TELAH MENGGENTARKAN IMAN LELAKI DENGAN BERPAKAIAN SEPERTI TERLANJANG...BERTUDUNG PENDEK, T-SHIRT PENDEK, SELUAR JEANS DAN LENGGING KETAT??? ADAKAH ANDA (WANITA) TAHU BAHAWA RAMAI PENGHUNI NERAKA ADALAH DARI KALANGAN WANITA IAITU 2/3PENGHUNI NERAKA ADALAH WANITA...???

gambar hiasan*

rintihan seorang lelaki sudah berkahwin ( jika belum kahwin, mungkin lebih dahsyat cabarannya) yang masih mempunyai iman tetapi sedang diuji dengan begitu kritikal oleh suasana sekelilingnya, terutamanya oleh wanita.

Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja) mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.

Nabi Muhammad bersabda :

صِنْفَانِ من أَهْلِ النَّارِ لم أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بها الناس وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رؤوسهن كأسنة الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ ولا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ من مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

trend tudung sekarang...

beginilah bonggol unta ituh.

Assalamualaikum,
Boleh dikatakan setiap hari saya berperang dengan nafsu, sakit jiwa dan mental dibuat nyer, tak tau sampai bila dan sampai mana boleh tahan. Nak dimudahkan cerita, boleh dikatakan setiap hari hidup ni berhadapan dengan perempuan-perempuan yang menghairahkan depan belakang kanan kiri (celakalah keatas kamu!!!).

Tolonglah wahai wanita, aku ingin jaga mataku dan imanku

95% jiwa memberontak nak melakukan seks bebas/zina.. 5% jer tinggal sebab takut nanti Allah marah dan sebab kerana aku orang Islam, nasib baik Islam tak bagi. Jalan kearahnyer cukup mudahhhh, sangat mudah bagi saya, tak payah rogol-rogol atau paksa atau bayar. Free sahaja, dah macam-macam strategi saya gunakan untuk penjarakan nafsu ini, sampai membuat perintah berkurung tak payah keluar rumah tapi mana boleh setiap hari, mesti juga kena keluar pergi kerja.

Secara jujurnyer sebahagian orang perempuan zaman sekarang dah melampau!!!! berpakaian melampaui batas tanpa segan silu. atau ada perasaan malu, saya ni orang lelaki kalau disuruh pakai seluar pendek celah kangkang berbaju singlet pergi ke tempat khalayak ramai pun tak sanggup.. maluuuu.. tapi ada orang perempuan yang sanggup pada masa kini mana pegi hilang malunyer aku pun tak tau... menyusahkan akuuu...

Tanpa segan silu saya menaip, kekadang diri terpaksa menumbuk sepak terajang pintu atau bantal maki hamun nyumpah serapah nak meredakan nafsu.. bagi penatt... isteri memang ada tapi sendiri pahamlah.. kalo nampak isteri aku sorangg jerrr mudah sket nak kawall.. kalo dah kluar dari rumah mau terbeliak bijik mata... lagi-lagi kalo time nak gi atau balik kerja.. adehhhh!!! nak gak kawen lagi satu tapi belum mampu lagi...

Kepada kaum perempuan aku merayu tutuplah aurat muuu.. tutup setutupnyerrr. . kasihanilah aku yang terpaksa berperang setiap hari oleh dek kerana perbuatan kamu... tolongglahhh. .. aku bukan orangwarakk.. aku bukan orangalim ulamak.. aku hamba Allah yang biasa.. tak tau sampai bila aku mampu bertahan..

Ingatlah hilangnya perasaan malu bukti kehancuran diri...peliharalah aurat kamu supaya kamu dapat orang kenal bahawa kamu tergolong dikalangan orang yang baik-baik...apabila kamu berpakaian sopan, menutup aurat dengan sempurna dan menjaga akhlak...inshaAllah anda akan dipandang mulia disisi Allah s.w.t dan sentiasa dipandang baik oleh masyarakat...AKAN TETAPI

apabila anda tidak mahu menutup aurat ataupun ada yang membungkus aurat dan tidak berasa malu untuk mendedahkan aurat kamu...maka disini Nabi s.a.w telah bersabda:

“Sesungguhnya jika Allah mahu menghancurkan seorang hambaNya maka ia akan menghilangkan rasa malunya, maka jika telah dicabut rasa malunya kamu tidak akan menjumpainya lagi kecuali ia membenci dan dibenci dan dicabutlah rasa amanah darinya. Maka jika dicabut rasa amanah darinya engkau tidak akan menjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dan jika engkau tidakmenjumpainya kecuali ia khianat dan mengkhianati dicabutlah rasa kasih sayang daripadanya. Dan jika kasih sayang dicabut darinya maka engkau tidak menjumpainya melainkan ia dikutuk dan dilaknat. Maka dicabutlah keislaman darinya.” (Ibnu Majah:4054)

dlm hati laki tuh:bukan la ngok..tinggi sgt smpi aku xnmpk pensyarah daa..buuwekkk..perasan comey..eeuuwww...

Subhanallah, awal kehancuran adalah dicabutkan rasa malu. Astaghfirullah,di jalanan kita mendapati terlalu ramai manusia yang sudah hilang sifa tmalu. Mereka tidak malu dan secara terbuka melakukan kezaliman, mendedahkan aurat dan kemaksiatan sedangkan kita yangvmelihat sendiri yang berasa malu atasvperbuatan mereka. Sedang mereka bangga dan bersikap acuh tidak acuh terhadap perkara yang mereka lakukan. Semoga kita tergolong didalam orang-orang yang beriman dan dijauhkan dari azab api neraka kelak...amin3....

even tudung saji pom nk wat tudung kepala.macam2 fesyen skrg nih.

p/s: dgr lah wahai wanita.....semoga mendpt pengajaran dan selamat beramal.

Sunday, 28 November 2010

lemah jantung @jantung lemah


this is where our heart lies in our body.Its size just about A FIST(penumbuk beb).


can u see???haaaa.....

my prenz had asked me what is "lemah jantung" my dear???hohohooh...ternganga sekejap....im actually not really no what we called it in medical term.so im just answer by logical...'emmmm... its a condition that our heart is weak to pump blood to our body..u know..heart becomes weak...bla,,,bla..bla....."but my prenz not really understand what i had said..hahahha...syok sowang btoi.....yela yg hang p cakap pasai medical term sapa suruh...haiishhh.....so nih la serba sdikit dari kajian saya tentang jantung lemah...hehehe.....hope you satisfied with my answer.

Apakah itu lemah jantung @ jantung lemah?
  • Lemah jantung adalah keadaan bila jantung tidak dapt mengepam jumlah darah yang cukup ke anggota badan.
  • Kadar kejadian meningkat seiring dengan peningkatan umur.Bermaksud semakin tua semakin berisiko untuk mendapatkan lemah jantung.
Apakah penyebab-penyebab terjadi lemah jantung ?
  • Fungsi jantung rosak spt serangan jantung, darah tinggi
  • Lebih tekanan pada jantung spt valvular regurgitation
  • Sekatan aliran darah dari jantung spt aortic stenosis
  • Penyakit yang mengakibatkan pertambahan aliran darah spt anaemia
  • Kelemahan pengisian jantung spt pericarditis
  • Gangguan degupan jantung spt arrythmias
  • Penyakit jantung koronari
  • Masalah injap jantung
  • Kadar denyutan jantung yang luar biasa
  • Penyakit otot jantung (cardiomyopathies)
  • Diabetes
  • Penyakit jantung akibat alkohol
  • Penyakit Kelenjar Tiroid
Apakah tanda-tanda lemah jantung ?
  • Keletihan
  • Mengah/ sesak nafas
  • Pembesaran hati dan jantung
  • Sembab/ bengkak kaki
  • Perut membesar
  • Tidak boleh tidur menelentang
  • aktiviti fizikal terhad
Apakah pemeriksaan yang akan doktor lakukan ?
  • electrocardigram (ECG)
  • echocardiogram (ECHO)
  • chest x-ray (CXR)
  • Ujian fungsi hati (LFT)
  • Urea dan elektrolits
  • dan beberapa ujian lain
Apakah Komplikasi lemah jantung?
  • Aktiviti harian yang terhad
  • Kekerapan memasuki hospital
  • Kadar kematian yang tinggi (10-50%) bergantung kepada keterukan penyakit
Apakah rawatan untuk lemah jantung?

Rawatan umum
  • Mengurangkan aktiviti fizikal/Senaman berkala mengikut kemampuan
  • Amalan pemakanan baik spt kurang makan, pengambilan air dan garam secara terhad.
  • Berhenti merokok dan berhenti mengambil alkohol

Rawatan ubatan

  • Terdapat ubat untuk mengurangkan simptom dan memberi peluang untuk hidup
Diuretics - Untuk keluarkan lebihan air badan.

Vasodilator -membesarkan lumen/ruang dalam saluran darah.

Inotropic -menguatkan degupan jantung.

  • Memberi rawatan yang optima untuk mengawal penyakit jantung koronari, tekanan darah tinggi dan kadar denyutan jantung yang luar biasa
  • Adalah sangat penting untuk mengambil ubat secara tetap/teratur seperti yang dinasihatkan oleh doktor

Pembedahan
  • Pemindahan jantung

Apakah Pencegahannya?

  • Cara Hidup Sihat:
    • Senaman (mengikut kemampuan-sila dapatkan nasihat daripada doktor)
    • Pemakanan sihat dan seimbang
    • Tidak merokok
    • Tidak minum minuman beralkohol
  • Mendapatkan rawatan awal dan kawalan ketat terhadap penyakit darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, penyakit jantung koronari dan denyutan jantung yang luar biasa

my bro's zaman 90 an:just the little 1 not a smoker.

my sweetheart zaman bujang-he quit smoking since have child yg ke-3 kot.im very proud of u dad..

Program rehabilitasi (pemulihan)?

  • Program rehabilitasi yang berstruktur adalah penting untuk mencapai fungsi yang optima dan hidup yang berkualiti.
  • Program rehabilitasi adalah sangat penting tetapi mestilah diawasi oleh doktor dan jurulatih anda.
i found this thing may b useful for u to read:




some pictures of my life stdying in faculty of medicine:

rajin nyer dak tuh....ahakkkss~

bila dalam tutor...zzzzzzzzzzzzzzz....rajinnyer

kami belum layak menggunakan manusia btol...guna katak jela dlu..kesian..

forget who???forget what???

ok.tamat sudah.terima kasih kerana sudi meluangkan waktu~

Friday, 19 November 2010

others Fatin NAbilah

huhuhuh..3-4 hari nih merupakan hari yang amat malang bagi ku....perit nk telan..hari nikmat kesihatan yang ditarik.selama nih alpa sgt sampi lupa bersyukur kpd yg ESA keatas nikmat yg dikurniakn...tulah manusia,bila dah tiada baru terasa..baru taw nk bersyukur.,,bila ada, alpa ,lupa..huhuhuhuh...penat seyhh ari nih dah lbih 6x gua ker toilet..huhuhu..arap2 cepat la sembuh..
mula2 bkn nih yg mnjadi penyakit utama..

day 1-semunyer bermula dgn hilang selera makan.

Day 2-berlagak ok la....


dAY 3-bila dah hilang selera,apa lg?xmkn la...bila xmkn badan jd penat..otak pom xleh nk mikir...then system pertahanan bdn jd rendah...so dpt la virus infxtn demam pom xtinggi sgt..tp bdn menggigil la.....doktor tuh la ckp..ye ke kronology nih??btoi kot...then mase p jmpa docter tuh chief complait adelah pening...pening yg tramat +++letih nk mampos...guwe dah amek paracetamol 2 butir kot,,tp still xrelief...so doc tuh kasi ibuprofen 400mg...mak aiii...dpt ibu profen tuh..mula2 dah tkot.sbb klu xsilap mase bljar ckp ubat nih agak kuat...tp xpa la,nk smbuh kn...pas mkn jer,muntah..i mkn la lg ubat tuh + vitamin yg dikasi.then minum la air pocari sweat (air isotonik) konon nyer nk gnti blik la cecair lam bdan,nk dpt tnaga balik..kn dah bpe ari xmkn..huuhuhuh..selang brpa jam..muscle cramp...my
tummy...ya ALLAH..hanyer ALLAh jer yg taw betapa sakitnyer perut mase tuh....ingt sbb nk nk berak ke nk kentut ke...x..memg sakit yg teramat..bhgn upper left quadrant...perghh..pastuh..memg guling2 abeh arr atas katil baawah katil...rengek2 cam org nk lahirkn anak...huuwwaaaaa....siyeess sakit....pastuh tiba2 terpk yg ubat ibu profen tu kn kuat, so i amek lg 1 pil....kononnyer nk ilang sakit la...mak aiii..lg sakit....ya ALLAh...ase nk pengsan jer...tiba2 cik aminah(jiran sebelah) dtg nk kasi kertas li(learning issue)...then terkejut la tgk keadaan i yg memalukan irtuh...trus p ckp ngan jiran soorang lg,,cik mira...apa lg..rncang nk p antar klinik la...p la cari ojek (org yg bwk motor or cm teksi la tp gne motor..hahahaha)malam2 buta nih...nk wat cmner duk cnih,knderaan xdek..waaa...ayat sedih plk...memg sdih pom..huhuhuh...pastuh ksian diorg..balik2 ngan tgn kosong...ojek xdek..minta la prtolongan akk(abg) kt cnih..hhuhuuh..nsib bekk....p la klinik...p sana dr cek...pastuh die kata i dpt GASTRIC ma.....huwaaaa...tiba2 ja,,,katenyer side effect ibuprofen tuh + dgn i minum air isotonik tuh menyebabkn perut i pnuh ngan gass...ptt la..ase nk meletup ja...sakit dohh..sakit xilang lg...tp kurg da skit sbb nek moto mlm2...wakakakak...balik2 trus mkn 2 obat yg dr kasi..ranitidine n spasminal.

day 4-then skg duk ulang alik ke toilet jer...apa yg dmkn or diminum pasti buang..mlalui atas n bawah ..sdih...skg dag jd GI upset..huwaaaa.....dr pesan sruh p lg klau diaarhae >6x..but mlas la..asyk muka nih jer p jmpa doc....ag pom xlarat daa nk p jln..huhuhuh..minta2 ok la...Tlong la YA ALLAH ku memohon kepdaMU kmbalikan la ksihatan ku kmbali...huhhuuhuh..i miss u sihat.huhhuhhhuu...aku taw xda sapa nk bace bnde pnjg nih..sbb tuh ku luah ..hahahah


so MORAL of de story:

1)bersyukur la dengan nikmat kesihatan yg dikurniakan
2)nk jd DOC kna la pndai...len kali gtaw la elok2 pasai ubat tuh, side effect die...bla2....bla3.....ni xgtaw apa2 pom..mentang2 aku dak medik, ingt aku taw smo la tuh...tp aku pom pesakit beb..bila dah skit...pkiran pom xbper nk btoi..
3)jgn memandai minum/mkn bnde len tnpa keizinan doc..tanyer dulu bru amek...tgk kn dah jd penyakit len..asal pening pastuh jd GASRIC lak..huwaaa.menyesal minum air isotonik.

so pasnih xminum daa...except letih sbb main.budjek atlet.
4)pilih la kwn/jiran yg baik....tenkiu cik amin n mira.n akk tuh jge.
5)ingt senang ker nk jd doctor...silap bg ubat...silap bg information....penyakit len plak yg dtg...huhuhuh...nih yg lemah nih....tp apa2 pom tawakal,insyaALLAH jd dr yg bek.
6)dpt pengalaman.so kwn2 jgn trlalu bergantung dgn ubat2 kt farmasi nih...rajin2 la p jmpa doc.koh4.....(psanan untk dri snrik jga)

bru intro...bnde sbnarnyer nk blas tagged kaenua nih~the others fatin nabilah...tp xsure lah sumua fatin nabilah...xkaji scara mndalam plak...

nih syayer.



n bwah nih the others fatin~



gambo 2 last tuh cm pelik jerh...wuahahahahah...

k..adiiouuss~~moga cepat sihat!!!ajjaahh3-

Monday, 15 November 2010

aYat Power2

gambar hiasan*


Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah ya, mmmuahhhhh.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Lama lagi ke ke kt dalam nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pi lah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang...
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerja:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah.
6 tahun: pakai duit u sendirilah apa yg U nak.. i takde duit.

Telefon:
6 minggu: Baby, ada org call u nih..
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh?
6 bulan: Hati-hati la, nanti jatuh tuh..
6 tahun: Orang dah ckp byk kali pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu..
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancang Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

astroo
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-TUKAR BOLE TAK..??

p/s: betul ke cmni?? (*_*)

hehehhehe...xdak keja update belog...

daaa..wsalam.

Sunday, 7 November 2010

im in LOVE

I'm in love ...mom..dad...i'm in love...

im siyesly in love..

im in LOVE with ....

HER~
sweet Taylor Swift: even mok cik pom minat die



she's hot




beautiful like a princess


her hair: hottest!like!like!like!


she's in RED.


sharp eyes:menusuk jantung


killer smile


straight hair


i love a lots all her songs.
her voice is incredible.just like it...even can tell story better in her song.
hohohoho....i love her hair style..
taylor lets meet..
koh5...koya~

Thursday, 4 November 2010

serabut kalapa

bila rase serabut ase cam nak menaip.nak tulis pasal apa?apa2 je yang kuar dari pale hotak.baru pas exam,cuti sem bermula,cuti pom xlame, kna exam lagi,ase lagi serabut pale otok.cuaca pom xelok ngat skg..kalaw la cuaca elok petang2,leh la p lari2 kat u.acececce...bujek atlet la tuh.xla mana ada..lari2 anak kucing smbil meraung2 nak lepas tension jer.exam pom cm hampeh jeh..cmana lah result nnti.tawakkal je la.trima seadaanya..ayat pasrah.sob5....

knaper la ase serabut ngat rini.something happen ker?entah la.lg pk lg serabut.xpk xsenang duduk.dah wat salah ker?besar sgt ker ksalahan sy??xleh nk maapkan??huhuhuhu~~layan jela perasaan sowg diri....kalaw la ko ade kucingku,bole gak aku ckp ngan ko..bkn ko paham pom..at least ko pndengar yg plg best..i miss u orange...windu plak nk men kejar same2..u polis i pncuri,u kejar i lari..uwaaaaaa..winndu nk balik umah.....huhuhuh...~mood sedih.

utteke??what should i do??

lepaskn internally n externally?

lupakan selama-lamanyer?

membenci?biarkan dibenci?

sarang hae chupke2?

terima?

aaaiiiggoooo~~~serabutnyer.....
aaiigoooo....
aiiigooo......ase nk p mkn ais krim lah...

to u:
im sorry 4 what i have done..i dun know wheather im doing it for any purpose or not...or just not realize it..im so sorry for what i have done...im so sorry to b cruel.

adekah sy meletihkan anda??sorry for being so annoying.sorry also if i had take away ur happiness.plez take it back with u.wish u happy alwayz..

lalalalalala..rupenyer menaip nih memg membntu dikala kita serabut...ooyeeahhh..times to go indomart to buy ais-cream....hahahaahhaah~gelak kuat2!!!

chayook2!!!


Thursday, 23 September 2010

Isu gabung puasa


Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas adalah seperti berikut :-

gambar hiasan ***

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang spesifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.

3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

* (Mazhab Syafie)
Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qadha.

Imam as-Syafie di dalam kitab muktabarnya al-Umm ketika mensyarahkan bab 'Innamal a'malu binniat (setiap amalan dengan niat) menyebut hendaklah dibezakan ibadah puasa ramadhan, puasa nazar, puasa kafarat, puasa qadha' dan puasa tatawwu' (sunat).

* Imam Jalaluddin as Syuyuti di dalam kitab al Isybah juga berpendapat demikian hendaklah diasingkan puasa Ramadhan, atau nazar atau puasa sunnat.

* MANAKALA jawapan [Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 10/383] dalam masalah ini seperti berikut:

"Alhamdulillah. Tidak ada salahnya berpuasa Isnin-Khamis untuk mengqadha' puasa Ramadhan yang tertinggal, dengan syarat puasa dilakukan dengan niat mengqadha puasa...... Mudah-mudahan (moga2) anda mendapat 2 ganjaran sekali, ganjaran melakukan Qadha' dan ganjaran melakukan puasa sunat, dan fadhilat yang Allah berikan itu luas. Walaupun jika anda hanya mendapat ganjaran mengqadha' puasa, ia adalah memadai, kerana mengqadha' puasa adalah lebih mustahak dari melakukan puasa sunat. Akan tetapi jika kamu berniat melakukan puasa sunat dan tidak berniat melakukan qadha', maka kamu masih belum lagi memenuhi tuntutan kefarduan. Maka masih lagi wajib melakukan qadha' puasa Ramadhan. Wa Allahu 'alam dan selawat dan salam kepada Nabi Muhammad saw dan keluarganya."

* AKAN TETAPI,

jika terdapat masa yang sangat pendek (takut tertinggal peluang menunaikan puasa 6), berbanding dengan puasa qadha' yang banyak; seperti didalam kes wanita yang panjang haidhnya, dibenarkan melakukan puasa enam hari didalam bulan Syawwal, dan kemudian mengqadha'nya sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang. Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan ini merupakan pandangan yang lebih kepada kebenaran. [Sharh al-Mumthi' 6/448].

sekian.

Wednesday, 25 August 2010

Mood raYer + resepi mak sYayer



Alhamdulillah hari nih dah hari yang ke-15 kita berpuasa di bulan ramadhan,makna nya bulan ramadhan dah nk hmpir ke penghujungnya..rugilah kalau di bulan ramadhan kita xbuat amal byk2...time nih la kita belajar menunduk kn nafsu,kn syaitan diikat... nnti bila dah abeh bulan ramadhan at least rohani kita kuat untuk melawan nafsu2 yg buruk 2..AMMINN...emmm....xlupa jgk untuk manusia2 yg sedang sebokk mempersiapkan persiapan untuk raya..hehehehe...apa yg penting dalam persiapan raya ekk???baju raya ,biskut raya,hantu raya,jalan raya ,putrajaya, langsir baru,kerusi baru,rumah baru,pkwe baru,pasar baru ...opsss.....heheheh,,,,
sblom pulang ke tanah air terchhentaa...mesti lah shopping dlu....hehehehe....tapi ingt!!! beli apa yg perlu jer bukan ikot nafsu yer,,,kawal2 la di bulan pose nih....



aaiii....beli baju raya ka baju kawinn???

pilih2...maw kain apa..smuanya dengan harga berpatutan

kedai jual pakain semayang.semuanya bermcm2 wrna n sulaman.byk pilihan n cntik2....

Disebabkn bulan pose blom tamat,sayer nk kongsi lah 1 menu or resepi yang sy belajar dari mak saya.Resepi nih boleh la wat pencuci muka..ehh...silap..pencuci mulut or buat moreeh...

1st, name resepi nih memg pelik..kalu kat kelantan, we call it as 'srawak telor'...bkn sbb telor tuh dr sarawak...enta la...den pom xtaw nape panggil cmtuh..xtaw la hampa semua panggil apa...xpom hampa xpernah makan pom bnde nih..he3...bcoz even my kelantanese friends pom xpnah jumpa bnde nih...kdg2 pk,mak aku reka ka resepi nihh????hehhehheeh..mengarut~~

so,jom kita masak 'srawak telor'

Bahan-bahan

1)santan separuh klapa kot(sy guna santan kotak about 500ml may b)
2)daun pandan 3-4 helai
3)4 biji telur ayam or itik
4)gula melaka@nissan 3 ketul
5)garam n gula secukup rasa

cara2nya:

1)mula-mula kita panas kan santan atas dapur until bergelegak.AWAS: jgn tinggal kn ia sendirian,krna ia meruap,nanti habis lah korg punya dapur.
2)bila dah bergelegak,masukkan gula melaka n garam n gula.
3)pastuh pecahkan telur2 dalam 1 mangkuk n kacaw2 dulu.pastuh tuang lah telur tersebut dalam larutan santan and gula melaka tuh.teruskan kacaw yer.
4)masukkan daun pandan yer.nnti hanyir korang punyer srwak telor tuh.
5)then kacaw la until die masak n nmpak cam bawah nih...

6)ok dah siap.so srawak tlor nih dimakan dgn roti yer,baru best..n kalu ltak dalam peti sejuk pom best...bergantung lah,nk mkn panas2 or sejuk2..ikot citarase sendiri....

senangkn?????!!!selamat mencuba!

p/s: cepatlah mase berlalu..~~~

Friday, 20 August 2010

5 Star DOctor

Apa yang anda tahu pasal doktor??berapakah jumlah doktor di dunia???tahu x???of course xtaw....okeh2..kita kecik kan skop lagi....berapakah jumlah doktor kt kampung saya???tahu x???xtahu jugok gak,xtaw la lah nk ghoyat gapo...hishh...soklan senang meset doh nih ...aiyaa....t jgn lupa cari eh....asssignment baru nih...k..anak2???jgn lupa ya...

okeh..jumlaH DOCTOR KT DUNIA nih memang byk tp mungkin hanyer sebahagian drpd mereka yg tergolong dalam "good doctor' or '5 star doctor'.

y?y?knapa sebut 5 star???Istilah 5 star nih diberikan sebab WHO(World Health Organization) telah menugaskn para doktor2 di dunia nih untuk menjalankan 5 peranan utama.Jom kita tgk 1 per 1...

1) care provider (penyedia penjagaan)
-mksdnyer tugas doctor adalah sbg tenaga pelayanan kesihatan masyarakat,beri bantuan dan layanan kesihatan bg mereka yg memerlukannya
-doc mestilah melayan pesakit sbg individu bkn objek

2) desicion maker (pembuat keputusan)
-mksdnyer seseorg doc haruslah dapat membuat keputusan ilmiah tentang penyelidikan kes,perawatan, dan penggunaaan teknologi yg sesuai dgn nilai etika, pandai membuat pertimbangan pembiayaan pesakit dan memutuskan rawatan yg trbaik untuk pesakit.

3)communicator (pANdai berkomunikasi)
-dpt memberikan penjelasan dan nasihat yg berkesan kpd pesakit
-pandai mendekatkan diri dgn pesakit spy senang untuk melakukan proses perawatan

4) community leader (ketua masyarakat)
-mampu mendapatkan kepercayaan masyarakat sekitar tempat bekerja, dapat menyelaraskan keperluan masyarakat dan manjadi contoh buat mereka

5) manager (pengurus)
-dpt bekerja secara harmoni dgn individu dan organisasi di dalam mahupom diluar sistem pelayanan kesihatan
-seseorg doc ptut menguasai pelbagai jnis management contohnyer pengurusan diri, pengurusan masa, pengurusan kemahiran, pembentukkan kumpulan dan lain2. okeh tuh la 5 star doctor nyer...bowink gler tjuk nih...

k.slmt malam odiouusss.....



Thursday, 12 August 2010

Hilang selera makan waspada Hepatitis C


gambar hiasan (wink2***)

Hepatitis C adalah penyakit yang disebabkan oleh virus hepatitis C (HVC). Penyakit ini paling sering menyebabkan penyakit yang lebih kronik seperti hepatitis kronik, sirosis hati (kekerasan hati), dan kanser hati primer.

’’Dibandingkan dengan hepatitis B, hepatitis C lebih ganas dan lebih sering menyebabkan penyakit hati kronik,’’ujar Dr Fatin Nabilah, M.D dari Department Penyakit Dalam dari Hospital KOTA BHARU.

Menurutnya, HVC adalah virus yang amat variati secara genetik. Selain itu VHC juga memiliki angka mutasi yang tinggi, sehingga virus mutan kerap kali dapat menghindari antibody tubuh.

’’Virus Hepatitis C sangat pandai merubah dirinya dengan cepat. Sekarang ini ada sekurang-kurangnya enam tipe utama dari virus Hepatitis C (yang sering disebut genotipe) dan lebih dari 50 subtipenya,’’ungkapnya.

Doktor Siti Amirah teman akrab doktor ini mengatakan, 15% dari kes infeksi hepatitis C adalah acute, bererti secara automatik tubuh membersihkannya dan tidak ada sequence seterusnya. Sayangnya 85% dari kes, infeksi hepatitis C menjadi kronik dan secara perlahan merosak hati bertahun-tahun. Dalam waktu tersebut, hati boleh rosak menjadi sirosis (pengerasan hati), stadium akhir penyakit hati dan kanser hati.

Salah satu gejala umum dari Hepatitis C, sambungnya, adanya kelelahan kronik(teramat letih). Kelelahan juga boleh sebagai kesan sampingan pengobatan Hepatitis C. Rasa lelah akibat Hepatitis C dapat diatasi dengan istirahat cukup dan menjalankan olahraga yang rutin.

’’Sangat penting bagi penderita Hepatitis C untuk mengamalkan makanan sehat dan menghindari alkohol. Alkohol akan menerukkan lagi kerosakan hati, baik itu dalam pengubatan ataupun tidak,’’ungkapnya.

Lebih jauh ia menjelaskan, gejala hepatitis C, sering kali orang yang menderita Hepatitis C tidak menunjukkan gejala, walaupun infeksi telah terjadi bertahun-tahun lamanya. Gejala-gejala yang mungkin samar, lelah, hilang selera makan, sakit perut, air kencing menjadi gelap dan kulit atau mata menjadi kuning.

Dalam beberapa kes, Hepatitis C dapat menyebabkan peningkatan enzim tertentu pada hati, yang dapat dikesan pada ujian darah rutin. Walaupun demikian, beberapa penderita Hepatitis C kronik mengalami kadar enzim hati fluktuasi(meningkat) ataupun normal.

’’Jika anda memiliki resiko terjangkit Hepatitis C atau jika anda pernah berhubungan dengan orang atau benda yang terkontaminasi(contaminated). Satu-satunya jalan untuk mengidentifikasi penyakit ini adalah dengan tes darah,’’sarannya.

Ditambahkannya, penularan Hepatitis C biasanya melalui kontak langsung(direct contact) dengan darah atau produknya dan jarum atau alat tajam lainnya yang terkontaminasi. Dalam kegiatan sehari-hari banyak resiko terinfeksi Hepatitis C seperti berdarah karena terpotong atau bercukur, atau darah menstruasi (haid).

’’Perlengkapan peribadi yang terkena kontak oleh penderita dapat menularkan virus Hepatitis C (seperti sikat gigi, alat cukur atau alat manicure).

’’Risiko mendapatkan Hepatitis C melalui hubungan seksual lebih tinggi pada orang yang mempunyai lebih dari satu pasangan,’’jelasnya.

Jika anda penderita Hepatitis C, anda tidak dapat menularkan Hepatitis C ke orang lain melalui pelukan, berjabat tangan, bersin, batuk, berbagi alat makan dan minum, kontak biasa, atau kontak lainnya yang tidak terpapar oleh darah.

’’Seorang yang terinfeksi Hepatitis C dapat menularkan ke orang lain 2 minggu setelah terinfeksi pada dirinya,’’terangnya.

________________________________________________________________________________

kenapa tiba2 terdetik nak wat pos nih???sbb sekarang sy hilang selera makan...huhuhuuhu...
saya sangkakan hilang selera makan tuh mcm biasa jer...ala biasa la...xnk makan....tp sekarang bila dah kena baru taw..hilang selera makan yg saya lalui adelah 1 perasaan yg amat teruk kerana sy taw yang sy harus makan tp mulut saya xmaw makan...so berlaku la konflik antara keinginan xmaw makan n ketahuan yg sy harus makan...mesti la kna makan sebab sahur kan...tambah2 sy memang makhluk suka makan...wohohoho.....memg perasaan itu amat teruk...

sy memang suka makan tp bnde mentah ni agak tidak sedap..dan memg xsedap pom..

nak tunjuk makanan blakang..tp lebih2 plak model depan nih....

windu mase 1st year...buka pose ramai2....

huhuuhu..kn dah ckp,sy memg suka makan..xbermakna hilang selera makan ade penyakit HEpatitis C nih.cuma haruslah berwaspada.sy hilang selera makan kerana telah mengambil ubat nih haa....


cuba teka apa kegunaan ubat ini???he4......nih ade lah salah 1 ubat antiparasite or in bahasa ladangnya ubat cacing or anticacing....malas nak terang byk2 tp ubat cacing nih sepatutnye kita ambil 2x in setahun taw....do u know that???he3..sape yg dah lama xmakan tuh,msti berpuluh2 generasi cacing yg ado lam perut dio..waahahhaha,,ubat nih ado byk kesan sampingan...salah 1 nyer ilang selera makan..huhuuhuh...so kna waspada jgk lah yer dgn ubat yg anda ambil yer....nak taw lagi byk pasal ubat cacing p la tanya haji google yer....ade mcm2 jenis lg ubat nih..

by de way,selamat menjalani ibadah puase yer smua....huhuuhuh....amalkan amalan sunat berpuasa iaitu bersahur...makan pom dpt pahala..jgn pandang remeh kt MAKAN yer...

k..salam..



Saturday, 7 August 2010

benci!!benci!!xsuka kamo!!

salam...
post kali nih nk emo2 ckit leh x??ckit ja..nape nk emo???jap g cek g taw naa...tapi sblom tuh nk ketawa sengsorang jap..

bgus gak nih...bujek ade owang nk amek kete ekaww kaa???

bestfriend 4 evaaa~~~

pergh...bestnyer jd budak paling depan tuh....zzzzzzz

kalu banjir xyah p swimming pool...swimming kt jalan jaa

unik.....ade sekor tuh ja ikan...dah la gedabak...xleh gerak g mner lak tuh....


waaaa...calon zaman sekarang.....hati2 guys~~

dgn bangga nyer die menconteng muka adiknya....dak nih lagi emo dari aku nih....

mafia baby:lu basuh gua elok2 naa...kang gua karate lu kalu xbersih~~

pelik nguhhh...

ni lagi la.....

uweekk...

sekang aku nk emo balik...huhuhuh....knapa dong???telepom genggam guwe rosak lagi...tension...xleh dgr lagu...xleh nk call...xleh nk msg...xleh nk men game.....n xleh nk amek gambos(ni plg tension,ngeh3!!!)....huhuhuuh..smuanyer xleh...huhuhuh..sampi ati ko sony...nih 2nd time rosak...benci tepom bimbit sony....cepat rosakk especially yg jenis slide..so,sape2 skang gne tepom slide jaga la elok2 kerana ianya terlalu sensitip mengalahkan pondann..awww..aww..aww...n kalu owang nk buka tepon..suruh buka pelan2...t cepat rosak...jgn ikot sesuke ati duk men buka tutup buka tutup...hangpa ingt nih brg permainan hampa ka???oppsss!!!xoxo.... jgn terase yerk...koh4....mulut sudah menjadi bullet laser pabila emosi mengatasi akal pikiran..huhuhu....kalu baiki bapok mahal....xmau beli dah sony.....benci..benci....n benci....cakap smpai tido pom bukan leh wat apa....huhuuhuh.....bek tido....lagi best..dah la sejuk2 nih....ok
1
,,
,,,,
2
.....
,,,,,,,,,,,,,
......
3
.......
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!



p/s: tiada kaitan dgn yg masih hidup ataw pom yg telah meninggal dunia

odioouss~