Sunday, 10 April 2011

jaLAn-jalan 1: kawaH putih

AMARAN: POST INI BANYAK GAMBAR
*Kalu xske tgk gambar baik jgn tgk-*_*

1#pada suatu hari ada budak baju hijau telah sesat di dalam hutan


2#dia cuba bertanya jalan kt mk cik nih tp mak cik nih hanya taw jalan ke toilet ja.-_ -


3# dengan kebijaksanaan yg budak nih ada..dia cuba menahan kereta di tepi jalan.(>.<)


4#rupa-rupanya kereta itu telah membawanya ke 1 tempat.jeng3.....
kemana?kemana?*_*


5#GENG kawah putih.2 orang xdak jadi juru kamera.


6# jom masuk dalam


7#nak taw sejarah kawah putih?cer bacer kat papan tanda tuh...*0^

8#kami lagi

9# malas da explain.tgk jer la......tempat nih memang cantik










10# gadis-gadis sukawening *entah pa yg lawak pom xtaw




11#ape neh.....tangkap gambo sniri?????

12#yaaaaa...ini baru betoiii....hehehheh


13#ok...da laparrr + kat cnih bau busuk..bau sulfur yg agak merbahaya.so xleh lama2 kt cni...pas snap picture smyg then kembali mneruskan perjalanan.


14# sebelom ke destinasi sterusnya berhenti makan dahulu.

makan entog a.k.a angsa or bebek besar a.k.a itik besaw.he3



next destination??

........................................................................

sekian.

Saturday, 26 March 2011

just LIKE it!

assalamualaikum ;)
selamat pagi.

alhamdulillah.dah 2 minggu aku exam, tinggal 1 jer lg exam iaitu OSCE (1 bentuk medical exam la,malas nak citer panjang2,he4).selepas tamatnya SOCA (1 lg bentuk medical exam which presentation the case in 20 minutes)rasa cam beban tuh dah kurang 90%.waw..begitu SOCA mempengaruhi hidupku.even i gets better mark but its still 1 ujian untuk aku.yer pas da abeh SOCA im getting lazy..ho mai god.ini memang ujian.this bad.this bad.i don't want to b hamba yg xbersyukur.ya Allah kuatkan la aku nk menjalani 1 lg ujian nih.wake up bella!

ok cukup suda paSAL exam.now i want to talk about something i like.

1)matahari

saya suka matahari.sangat2.mesti korang kate "gila dak nih suka panas2..
".haahahha..whatever.especially matahari yang waktu senja.memang suka, rase cam nk jd mat salleha berjemur di bawah sinaran matahari.haaahha.tp jgn berjemur waktu tengah ari lak...waktu pg la sebelom kol 10 malaysia. .tp sy kt cnih(bandung) suka berjemur tgh hari.sekejap jer bukan lama.pelik?xkan?hahaha.sun give me energy + Vitamin D.believe it!if u feel tired just go to the sun.let the sun charges u.tenaga solar ok.jimat & free of cas.TQ ALLAH.

some random pictures i took at my resident (PERmata) with 2MGpixel camera only.
woooowot...bila nk upgrade nih..:(





ohh,sun.nice right?even kamera cikai dia tetap cantik.subhanallah, indahnya ciptaan Allah.

conclusion: i loike SUN.

2) next entry la...hahahaah...

k.bAbai.....tq so much for reading.:)

Sunday, 13 March 2011

cUAK deRrrr!

cuak! kenape saya cuak?


sebab esok..
saya nak EXAM da...
ceeess....selama nih xpernah exam ka?
penah.tp ni lain...
lain apa?
lain VERSION..(dah la last minute baru taw)
jadual padat geyloss,manyak kertas
xsuka.xsuka.xsuka.tp kna suka.paksa suka.
cuba ikhlas kn diri
menerima suratan takdir.
insyaallah
ada hikmah disebaliknya.
huhuhuhu
sy akan biziii....mulai 14/3 hingga 31/3
sabaw jela.semoga dipermudahkan segala urusan olehNYA.
AMMENNN....

nak curi kesempatan nak ucapkan

"GOOD LUCK"
"buat YANG terBAIK"
"SEmoga soklan kachang2 jer kuar"
"DOAkn kejayaan bersama"

kepada:



1)

budok2 batch twinning 08
2)

2 rakan baik dak permata(racist cam capik):amin & mira
3)

budok2 study group(taufik ss,joe ,knua & amal)

4)lastly

dia yg hensem:kerana memahami & sokongan padu anda.


k.sekian.terima kasih.


Wednesday, 2 March 2011

resepi : rendang AYAM

assalamualaikum!

today im going to share a malay's food recipe which is we called it as "rendang Ayam".im not a chef but just to share with you all girls out there to cook a delicious rendang ayam recipe for your husband(sy buat biase2 jer tp sedap jgak lah,ahakks~) .hahaahha..geli la plak, cam mak cik2 la plak.actually sy nih bukan la gheti sgt bab memasak.masih banyak resepi yang belom dipelajari dan masih dalam proses belajar demi masa hadapan.yela setiap orang mempunyai citarasa sendiri, cara masakan yang tersendiri, resepi tersendiri.so terpulang la kepada anda mana anda nak pilih untuk dibuat hidangan.

pada hari jumaat yang lepas, kami ada la wat makan2 , jamu selera 1 tutor...so setiap orang ada tugasan masak hidangan tertentu.tugas saya masak "rendang ayam" with my partner atikah.

so apa tunggu lagi?jom masak~
zaaaaassssssss................

RENDANG AYAM (with chef bella & atikah)

Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (kitorang potong 12 )
  • 2 cawan santan pekat (ade yang guna 4 cawan-tp kami gne 2 kotak instant=400ml)
  • 1/2 cawan kerisik(kami guna yg instant jer 1 plastik)
  • 2 helai daun kunyit (disiat)-sodih kami xmasukkan sebab xdak
  • daun limau purut pengganti daun kunyit
  • 1/2 keping gula melaka (sy tiru mak masak,besela org kelate)
  • Garam gula secukup rasa

Bahan B (Dikisar):-

  • 3 labu bawang besar (sy guna 1 labu bawang besar + 14 bj bawang merah)
  • ketumbar (sy letak ckit dlm 1/2 teaspoon)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
  • 3 inci halia (xsmpi 3 kot sy ltak)
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup (sy letak lebih inci sbb nnti nk serlahkn warna)
  • 15 tangkai cili kering
  • 7 biji cili api

Cara Memasak:-

  1. Ayam dibersihkan dan toskan.
  2. mula2 ayam disapu kunyit or korang boleh perap ayam tuh.then, digoreng separa masak.jgn masak sgt nnti xbest.nih kalau nk bg ayam tahan lama.kalu xmaW goreng dulu pom xpa.
  3. Lepas tuh angkat ayam, buang minyak sikit then masukkan kesemua bahan kisar(kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.masak sampi bau keluar or pecah minyak.
  4. Masukkan ayam hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.then masukkan santan, garam, gula ,gula melaka dan kerisik.
  5. kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.bila kuah hmpir pekat letaklah daun limau purut tuh
  6. Tutup api, angkat dan hidangkan lah seisi teman.
k....tara....da siap rendang ayam kita.

sy xamek gmbo bila da masak.so this picture is from my friend link:
http://honeykoyuki.blogspot.com/2011/02/hidup-di-perantauan.html

so...girls out there jgn ckp dop pandai masak becoz u never know ur own effort until u try to make it by urself.buang rase takot,rase rendah diri.bcoz masak is actually campak2 bahan jer~

i dunno whats expression is this***


gagal masak sekali ittokei,gagal byk kali pom ittokei... boleh cuba lagi and my secret resepi masakan adalah air tangan keibuan~ahahahah...just joking.actually there are no secret recipe.but if u cooking something try to cook "seikhlas mungkin".insyaallah licin orang tuh makan.siriiusss nih xtipu~heheehhhe...

k.....selamat mencuba teman2!













Sunday, 27 February 2011

harga diriku-WALI




Di dirimu aku menemukan
Yang mencintaiku
Yang menyayangiku
Di dirimu aku ketakutan
Kau biarkanku
Kau tinggalkanku

Reff:
Bila kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa ‘tuk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini

Mengertikah kau siang malamku
Dan tangis tawaku
Kau semua hidupku
Pandang aku pandanglah hatiku
Aku tak mampu melangkah tanpamu

Back to Reff

Bukan ku tak punya harga diri
Tapi dirimu begitu berarti
Kaulah nafasku engkau harga diriku
Mengerti aku….

Back to Reff

Tuesday, 22 February 2011

Program BAIK :Live Enlighten in Dean (LED) with Al-Quran & As-sunnah


Assalamualaikum! Di artikel yang lepas telah disebutkan tentang program LED yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Petikan daripada artikel itu:


"Kenapa LED? Apa signifikannya? Kerana seperti yang kita tahu, LED itu sendiri memancarkan cahaya, dan dalam Al-Quran al-Karim sendiri, terdapat banyak ayat-ayat yang menerangkan tentang cahaya atau nur ini.

Simboliknya, Islam membawa kita keluar daripada kegelapan kepada cahaya yang terang benderang.
Daripada kegelapan jahiliyah kepada cahaya keimanan.
Betapa indahnya Islam, dan betapa indahnya ayat-ayat suciNya^_^

".....Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan sebuah kitab yang jelas. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan yang selamat. Dan Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang dengan izin-Nya, dan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus." (Al-Maaidah, 15-16)

Jadi, program 'LED:with Al-Quran & As-Sunnah' sendiri diharapkan dapat membuatkan kita menghayati kembali nilai-nilai Islam dalam diri kita, supaya kita menjadi muslim yang lebih baik insyaAllah, keluar daripada kegelapan dan hidup dalam cahaya Islam yang syumul~"



LED insyaAllah akan berjalan mulai 4-11 Mac 2011. Disebabkan kekangan masa, acara terpaksa dikurangkan berbanding "Bulan Kesenian Islam" yang pernah dijalankan dahulu.

Antara acara & pertandingan yang akan berlangsung ialah:


1) Majlis Pembukaan & Pertandingan hafazan(4/3/11)

Bermula dengan Pertandingan Hafazan bagi perempuan;
diikuti dengan perkongsian bersama Ustaz Rofiqi; dan
diteruskan dengan Pertandingan Hafazan bagi lelaki

2) Pertandingan KULTEN(7/3/11)

Sebelum ini, pernah diadakan KULIM(kuliah lima minit) & KULTUM(kuliah tujuh minit).
Disebabkan kurang puas dengan lima & tujuh minit, maka kini KULTEN pula diadakan, iaitu kuliah sepuluh minit ! (percayalah, 10 minit sangat sekejap jika anda yang bercakap di hadapan:)

3) Ekspo LED(8/3/11)

Acara yang akan dijalankan:
Pameran buku-buku Islami
Jualan
dan macam-macam lagi:)

4) Pertandingan sketsa dan majlis penutup (11/3/11)

Dimulakan dengan pertandingan sketsa
Diikuti dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah.

Tema, syarat-syarat pertandingan dan sebagainya akan diedarkan kepada setiap batch & melalui usrah iaitu melalui naqib / naqibah anda. Untuk mendaftar, sila hubungi wakil-wakil setiap batch iaitu:

07- Farizan &Nadhira
08- Khairul Anwar & Farah Wahidah
09- Azrul Reesha & Rozaliamisah
10- Amirul Kamal & Syahirah

Melalui program ini, diharapkan kita dapat mengambil bahagian dan cuba untuk mengambil tahu akan apa itu Islam? Soalan yang sepatutnya sudah boleh dijawab oleh insan yang bersyahadah. Islam agama rahmat untuk seluruh alam.. bukan hanya milik golongan tertentu.

Sama-sama kita belajar tentang cara hidup yang kita cintai ini...


copied sebijik from: Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K blog ( hehheheheh...)

SEMOGA PROGRAM2 ini BERJALAN LANCAR DENGAN RAHMATNYA.AMMEENN...

p/s: jgn lupa sebar2 kn kat kwn2, junior2, senior2, teman2, cewek2, cowok2... yer!....

Thursday, 17 February 2011

:;maulidur rasul::

Assalamualaikum.

Sempena hari maulidur rasul tercinta kita ,Nabi Muhammad s.a.w pada 15 februari yg lepas bersamaan dgn 12 rabiul awal 1432 H..jom kita mendengar ceramah bagi mengisi masa yg sedia ada dan menambahkan ilmu yg sedia ada.semoga beroleh manfaat~















p/s :kalau leh layan laverage, cte korea, cte house yg ber "season'2...inikan pula ceramah yg hanyer ade 7 video pendek2.he3

selamat beramal!

::aku SaYANG KAmu::

assalamualaikum :)
teman2, makcik2,pakcik2, abang2,adik2..kakak2 semua..



berdirinya sy disini bukan untuk membebel, tapi untuk meluahkan sedikit isi hati yang sudah lama terpendam ini.(bukan senang nak luah perasaan kt awam nih~jiwang lak samdol nih)...

jiwa terguris melihat dirimu berubah oh rakan ku,
hati menangis melihat kamu berubah oh rakanku,
untuk menegurmu lidah ke lidah bimbang persahabatan kita lerai
ku tahu imanku tak sekuat itu
ku cuba coretkan di sini agar kau berubah oh rakanku
mungkin aku bukan lah insan yang baik
mungkin aku bukanlah sesuci kain yang putih
kerna aku juga insan biasa sepertimu yg xlekang dr kesilapan
tapi rakanku,ku rasa peringatan ku ini penting sebelom kau hanyut dibuai dunia
tahu kah engkau apa itu "batas"
dulu kau cukup menjaga "batas" ini
'batas' apakah itu??


batas2 antara kita dan kaum xy,ya kaum adam
ku sedih melihatmu bertepuk tampar bagaikan dia bukan batas mu
ku sedih melihatmu membiarkan dia memegang mu
apa itu mkna "syg" bagimu???cinta??
sygnya dia sampi menarikmu ke pintu neraka
sygnya dia kepadamu sampai membuatkan engkau lupa mungkar tuhanmu
jika itu tafsir syg ,cinta ,kasih bagimu maka "jahanamlah" ia bagiku
belom tentu lagi dia suamimu
jika bukan, dimana hak suamimu nanti
fikirkan lah wahai rakan-rakanku
bayangkan lah wajah ibubapa mu
adakah ini yg mereka harapkan darimu setelah sekian lama diberi didikan agama??
mungkin ini bagimu kecil,tp ingat setan itu tidak akan berenti menghasut
menghasut agar mu melakukan sesuatu yg lebih besar
jaga2 lah wahai rakan2 ku
ku sedih perasaan malumu sudah hilang
di mana dirimu dulu wahai sahabat??ku rindu dirimu itu
mungkin sedikit kasar luahanku
maafkan aku rakan ku
tapi
rakan
ku sayang kamu
ku sayang kamu.

semoga terbuka hatimu untuk berubah dan bertaubat.sesungguhnya pintu taubatNYA sentiasa terbuka luas.AAmeen.



ohhh...begitu lah luahan ku.mungkin xsesedap a samad said punya sajak tapi harap intinya berguna buat rakan2ku.bagi rakan yg xmakan cili mungkin xterasa pedas akan tulisan di atas tapi jgn ingat kita tidak akn diuji dgn benda2 sebegini.kuatkan iman di dada dan semoga kita kuat menjalaninya.

sebelom mengakhiri sesi luahan nih...sy sertakan buah tgn untuk korang2 semua dengar~








jika menonton filem boleh tgk 2-3 jam..apa salahnya kita melihat video nih yg hanyer 3 mnit 20 saat.....k.selamat beramal semua!

odiousss~

Saturday, 5 February 2011

bakpo sayo gewe???


Bagi yang sedang bercinta / jatuh hati pada seseorang tapi xmampu nak berkahwin,
(Isu panazzz yang lebih hangat daripada pisang goreng ) hehe..

1. Saya daa ter`jatuh’ hati kat die laa… camno ni?

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.Surah An-Nur: 32

"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas

“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar

2. Aiyaak, tapi kan saya x cukup duit laaaa nak kawin..huhuhu

“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.Surah An-Nur : 33

Rasulullah S.A.W bersabda :
“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.

3. Memang saya xcukup duit / xmampu nak kahwin, tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” lak ngn org lain.…melepas arr saya nanti T_T

Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."
Surah Al-A’raf : 128

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa” Surah Al-Hajj : 40

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. Surah Al Insyirah : 5-6

Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.
Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu..

4. Tapi saya daa syok abes kat dia.. I can’t live without him/her..

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. Surah An-Nur : 30

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”. Surah Al-Jatsiyah : 18

“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.
Riwayat Bukhari

5. Ala.. saya bercinta bukan selalu pon dapat jumpa dia.. dia duduk jauh.. kite orang xpernah pon berdua2an…

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”. Surah Al-Isra : 32

“Pandangan adalah panah beracun dari panah-panah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”. Musnad Ahmad

“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”. Riwayat Bukhari Muslim

6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia seorang je yang boleh terima saya..

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”. Surah Yasin : 36

“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”. Surah Az-Zukhruf : 12

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”. Surah Ar-Rum : 21


7. Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up lah saya camni!

Abdullah Ibnu Mas’ud pernah berkata :
“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.

Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :
“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”. Riwayat Ibnu Majah.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”. Riwayat Abu Mansur Al-Dailami

duhai pemuda pemudi siswa siswi IPTA IPTS sijil diploma ijazah master PHd.

Kesimpulannya :

Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alasan untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segera lah berkahwin… lepas kahwin nak layan sangat perasaan cintan tuh tiada siapa nak halang..Kalau x mampu, tiada cara lain, didiklah diri agar nafsu tidak mempengaruhi diri ini.. berdoalah kepadaNya dan pintalah, kerana sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat meminta pertolongan..

Tidak dinafikan, memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang bertaqwa. Silap2 kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!
Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI dan PASTI Allah jadikan dunia tunduk pada kita..ingatlah, ’bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor’…

setakat ini sahaja..semoga kita memperoleh sesuatu hari ini, dan mampu membentuk benteng kesedaran dalam diri kita semua agar menjadi dapat mendidik diri ke arah mendapat keredhaan dariNya..InsyaAllah..

p/s: perkongsian bersama.renung2kan dan selamat beramal.

Sunday, 30 January 2011

anDA

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.

Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.

Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.

Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.

Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.

Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.

Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.

Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.

Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.

Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.

Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.

Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.

Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur

Sunday, 23 January 2011

Doctor vs Nurse

hoowaaaaahh....morning2...wake up! everyone.its time for qiamullai.hehehe...kang xpasal ada lak yg kna lempar ngan jam loceng sebab wat bising pagi2 nih kn?hahaha...ala.nk kejut soh qiamulai pom kna marah.aiyaaa...xpa2...t kol 4 aku kejot lg.tuh pom kalu aku xtdo la.tp bgun kah anda jikalau sy kejut menggunakn blog sy??tepuk dada tanyer palo hotak.

emmm....jam menunjukkn pkol 12.48 a.m (waktu indonesia ya)klu msia lam kol 1.48 a.m la.huhh..tiba2 ja rase nk menaip, padahal byk lg bnde yg perlu dibaca.xpa2..release tension.hahahahaha.alasan jerk!.hahaha.perghh..tajuk aku nk membebel rini adalah pasal doctor vs nurse or lebih specifik lg doctor pompuan la.apa pasai aku nk citer sal bnde nih lak nih ek.sebab aku punya suka la.ha3.xde lah sebab bagi aku isu nih memang hot di pasaran tambah2 ade kaitan la skit ngan life aku.hehehhe...ye ke?insyaallah bila jd doctor nnti.

2-3 ari yg lepas den ngan kawan2 ado lah duk gosip2 sal nurse ngan doctor nih.nk taw apa yg kitorang gosipkn???nk taw x??hohoho...kalu gosip huiishhh maw aja..kang suruh baca buku...blaabllablaaa...ader jer halangan menimpa.hua3..

gosip-gosip:

1)"eh budak2 nurse cantik2 kn semua, kalah sek2(geng2) doktor'???

huhuhuh....xdinafikan nurse rmi yg cntik berbnding ngan doctor.yela doctor mner la smpat nk mekap2.kang xpasai hilang 1 nyawa.lain la nurse msuk kol 8 blik kol 5.huhuhuh...jgn depressed klu ader yg ckp begitu kpd anda yer wahai para bakal2 doctor.ala..natural beauty kn lg elok..(ayat sedapkn ati).kuang3~.thats y la rmi para bakal2 doctor melaram time belajar.wuahahaha..bole kn??bole laa.cntik jer den tgk.so same taraf la ngan nurse.xcaya??gua rasa klu lu orang tgk..yg sakit terus sembuh, xyah kasi ubat da..hahaha


dr.jaa


dr.atin


dr.aimi,dr.amal,dr.mila,dr.laily,dr.hana


dr.tety & dr.amal


dr amal, dr.akmal, dr.farah


dr.farah, dr.elmi,dr.tikah



dr.syifa & dr.suraya


dr.fadzreen & dr. adda


dr.nisa & dr.sheqa



dr.tisha & dr.wan fatin

siapakah doc yg cntik ini????dr.tikah

2)"ramai doktor laki minat nurse la berbanding doctor pompuan..yela..doctor pompuan kn muka pucat2..++ baju nurse semua ada shape...fuuhhh..mengancam keselamatan dunia btoi."

no komen.ha5

3) "doctor pompuan lambat kawin berbanding ngan nurse.."

hohohoho..nih memang gosip yg menakotkan.sapa nk kawin umo atas 30+++...huhuuh..antara sebab kenapa doc perempuan kawin lambat adalah kerana ramai lelaki yg rase rendah diri,xberani nak msuk.kononnya mana leh pompuan lg tinggi dari laki.diorang nih lagi 1, tkot hantaran mahal.hahahha...standart lah tuh,doctor kn.tp insyaallah parent doc2 pompuan bukannya nk jual anak..kn??kn??ala bodek2 la skit bakal mertua tuh.insyaallah bole rendah dr 6 angka.wuahahhaa.ala kalau pasal gaji lg tinggi tuh bgus la.1 advanced untuk kaum adam.btoi x?tp seperti biasa lah nafkah keluarga stil tanggungjwb suami.he4..bab nih kaum hawa memg suka.

4)"...nurse ke doctor lg lembut??..lg peramah??? lg caring??

emmmmm....kwn2 sy lembut jerh.hahahaha.depend la.tp biasanya kalu nurse2 yg da tua nih agak garang skit .nih dr pemerhatian sy la.nurse muda??hhahaa..xtaw la..nk taw p hospital,jumpa nurse muda buat2 sakit.



uuwaaaaghh...ngantuk la plak....lor kalu nk bndingkan memg byk la perbezaannya.psai gaji, pekerjaan, waktu belajar, n sebagainya.tp wlouapapom kita semua adalah manusia.kalau nak ikotkan baik buruk pandangan manusia semua tuh xkekal yg kekal adalah pandangan Allah terhadap kita.tapi seperti biasa lah nurse dan doctor kn bagai isi dan kuku.mner leh jauh2.kami saling memerlukan.

kesimpulannya:

kepada bakal2 doc perempuan jgn la anda takot xlaku.insyaallah setiap owg ada jodoh senirik.tp bak kata dr.ariff jodoh xdtg bergolek.so..???kna cari lah.hohoho...he said "catch from now....bla..bla....bla....".

k.la mata gua da xlarat.mawwww tidurannnn.....esok ade kelas.wooo wootwoooot....

p/s:kalau ade yg berkenan di hati dgn para2 doc di atas..apa lagi..dialu-alukan jumpa wali~hhahahaha.
: kpd kwn2 minta maaf ya curi gmbo korangg....nggee~peace.

sekian bebelan.

tima kasihh.