Sunday 6 October 2013

Let's Move Forward =)

Assalamualaikum:)

Tajuk post kali ini memang best dan amat lah sesuai dengan diri ini. Sekarang ni perasaan yang tidak menetu amat lah kuat tapi hanya satu yang aku ingatkan dalam diri bahawa tiada siapa yang dapat menolong diri sendiri melainkan kita.jika kita rasa down bangkit lah.jika kita tak mampu mencari kekuatan sendiri carilah DIA yg maha Satu. Terlalu bergantung kepada manusia tak kemana pom malah menyakitkan diri sendiri je...Menceritakan masalah kepada orang hanya 1% kelegaan tetapi yg selebihnya bergantung kepada kita camana nak move forward. Most people love to hear our problem but not to help us to solve problem. Most people suka bila kita bermasalah dan sebarkan kepada yg tak patut mengetahui. Semoga Allah mengampuni org yg sebegitu. Aku perit memberi kepercayaan kpd org...orang yg aku percaya selama ini ..bukan berkawan 2-3 hari tetapi bertahun2..hmmmm...last2 tikam belakang jugak.mungkin dia pikir dapat menyelasaikan masalah tapi dia tak tahu yang dia telah menerukkan keadaan lg..kalu ko kawan yang baik xkan lakukan perkara belakang kawan ko kan?ko bukan xde mulut nk ckp sendiri dgn kawan ko...ko bukannya bisu...dasar pengecut! kalu berani sangat cakap face to face bukan main tikam jer belakang....Ya Allah teruk betul peraasaan bila dah marah....xper aku maafkan semua yg ko buat kat aku...tapi kalu nak percayakan kawan macam ko ni xla kan.maaflah!aku bukan nk putuskan hubungan seagaama ni tapi mungkin aku patut lebih berhati2 dalam memilih kawan...

Even kita dalam masalah sentiasa lah positivekan diri. Rasanya tahun ni adalah tahun mencabar buat diri ini.xper aku ada goal aku sendiri yang aku nak capai tahun ...semoga diberikan kemudahan oleh Allah. Jangan disebabkan marah semua tak jadi hal. Walau seteruk mana pom perasan ini aku akan cuba kuat menghadapinya...Insyaallah dgn kakuatan yg diberikannya aku akan mnjadi org lebih komitmen dan bertanggungjawab....Setiap yg kita inginkan pasti memerlukan pengorbanankan? berkorban untuk sesuatu yg berfaedah tiada ruginyaa.bercakap dgn org yg tiada faedah memang amatlah rugi.

k.lah.selamat malam.semoga ada perkembangan kelak.Ayuh!!Move forward!

Wednesday 21 August 2013

Final Year!

Assalamualaikum!

hai dan selamat petang buat semua. Rasanya da hampir setahun blog ini tidak ter"update". Nak kata bizi tahap gaban xdelah, tapi bizi tahap semut ada lah.heeee... Now im already final year!yes last year for my medical course, of course la bizi kan?heee....tapi nyempat pulak update blog. Dah lame rasanya tak luahkan perasaan di laman sesawang saya neh.Rindu taw..taw..taung..hahahah..over lak!kan?dah kenapa?


Sepanjang setahun tidak mengupdate blog neh macam2 berlaku dalam kamus hidup ini. Ada duka ada ketawa ada manis ada pahit...bak kate lembu semua adalah.yer la kan kalu hidup tiada dugaan bukan kehidupan lah tu.ya idok?Tapi saya bersyukur masih diberi kesempatan untuk bernafas menghirup oxygen yg free neh...Terima kasih ya Allah kerana masih menyayangi hamba mu ini.Walau apa pom terjadi dalam hidup kita haruslah kita ingat bahawa semuanya datang dari Allah mahupun yang baik ataupun yg buruk. Redha dalam ujian kehidupan bukan lah sesuatu yg senang untuk kita tetapi apakan daya syurga Allah itu mahal.that's y lah kesabaran itu diperlukan demi syurga yang mahal itu.


Sekarang di tahun akhir even da berada di tahun kritikal tetapi kesungguhan yang kental itu masih belum hadir dalam diri ini. Pelik?hmmmm.... renung2kan lah. Kepada adik2 yang baru masuk klinikal year akak berdoa semoga korang tabah menghadapi dan kuatkan diri untuk berhadapan dengan sesuatu yang baru dan realiti alam perkerjaaan kita kelak. Jangan down jika ada yang kita tidak tahu dan terasa bodoh bila ditanya satu haprak idea pom xkeluar.no worries my dear, insyaallah 1 day u all boleh mengatasinya dengan kesungguhan belajar dan memahami kenapa we should learn that n y we should do like that.Jangan je soalan jika tidak tahu.jgn malu jgn segan kerana kita masih berada dalam situsasi belajar.its ok to make mistake this time but not during ur work situation.


cheewahh..banyak plak membebel..hmmm...kalu da nk mintak tips belajar di klinikal yer bole la bertanya....insyaallah free in charge.mehheeee...

 

tahniah to my prenzz..kak naemah yang sudah berbadan dua sekarang.semoga akak sihat dan kuat menepuhi kehidupan bersama baby dalam kandungan ketika diri sedang sibuk menghadapi final year!

hari ni nak kongsikan quote or 1 ayat dari quran dimana amat menyentuh jiwa dan perasaan saya hari ini. Betapa teguran Allah itu dekat.


"Dan jangan lah kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah dilebihkan Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yg lain. Kerana bagi lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan dan bagi perempuan pun ada bahagian dari apa yang mereka usahakan.Mohonlah kepada Allah sebahagian dari kurniaNya.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu".

Surah Al-Nisa' ayat 32