Tuesday, 22 February 2011

Program BAIK :Live Enlighten in Dean (LED) with Al-Quran & As-sunnah


Assalamualaikum! Di artikel yang lepas telah disebutkan tentang program LED yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Petikan daripada artikel itu:


"Kenapa LED? Apa signifikannya? Kerana seperti yang kita tahu, LED itu sendiri memancarkan cahaya, dan dalam Al-Quran al-Karim sendiri, terdapat banyak ayat-ayat yang menerangkan tentang cahaya atau nur ini.

Simboliknya, Islam membawa kita keluar daripada kegelapan kepada cahaya yang terang benderang.
Daripada kegelapan jahiliyah kepada cahaya keimanan.
Betapa indahnya Islam, dan betapa indahnya ayat-ayat suciNya^_^

".....Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan sebuah kitab yang jelas. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan yang selamat. Dan Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang dengan izin-Nya, dan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus." (Al-Maaidah, 15-16)

Jadi, program 'LED:with Al-Quran & As-Sunnah' sendiri diharapkan dapat membuatkan kita menghayati kembali nilai-nilai Islam dalam diri kita, supaya kita menjadi muslim yang lebih baik insyaAllah, keluar daripada kegelapan dan hidup dalam cahaya Islam yang syumul~"



LED insyaAllah akan berjalan mulai 4-11 Mac 2011. Disebabkan kekangan masa, acara terpaksa dikurangkan berbanding "Bulan Kesenian Islam" yang pernah dijalankan dahulu.

Antara acara & pertandingan yang akan berlangsung ialah:


1) Majlis Pembukaan & Pertandingan hafazan(4/3/11)

Bermula dengan Pertandingan Hafazan bagi perempuan;
diikuti dengan perkongsian bersama Ustaz Rofiqi; dan
diteruskan dengan Pertandingan Hafazan bagi lelaki

2) Pertandingan KULTEN(7/3/11)

Sebelum ini, pernah diadakan KULIM(kuliah lima minit) & KULTUM(kuliah tujuh minit).
Disebabkan kurang puas dengan lima & tujuh minit, maka kini KULTEN pula diadakan, iaitu kuliah sepuluh minit ! (percayalah, 10 minit sangat sekejap jika anda yang bercakap di hadapan:)

3) Ekspo LED(8/3/11)

Acara yang akan dijalankan:
Pameran buku-buku Islami
Jualan
dan macam-macam lagi:)

4) Pertandingan sketsa dan majlis penutup (11/3/11)

Dimulakan dengan pertandingan sketsa
Diikuti dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah.

Tema, syarat-syarat pertandingan dan sebagainya akan diedarkan kepada setiap batch & melalui usrah iaitu melalui naqib / naqibah anda. Untuk mendaftar, sila hubungi wakil-wakil setiap batch iaitu:

07- Farizan &Nadhira
08- Khairul Anwar & Farah Wahidah
09- Azrul Reesha & Rozaliamisah
10- Amirul Kamal & Syahirah

Melalui program ini, diharapkan kita dapat mengambil bahagian dan cuba untuk mengambil tahu akan apa itu Islam? Soalan yang sepatutnya sudah boleh dijawab oleh insan yang bersyahadah. Islam agama rahmat untuk seluruh alam.. bukan hanya milik golongan tertentu.

Sama-sama kita belajar tentang cara hidup yang kita cintai ini...


copied sebijik from: Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K blog ( hehheheheh...)

SEMOGA PROGRAM2 ini BERJALAN LANCAR DENGAN RAHMATNYA.AMMEENN...

p/s: jgn lupa sebar2 kn kat kwn2, junior2, senior2, teman2, cewek2, cowok2... yer!....

No comments: