Sunday 27 February 2011

harga diriku-WALI




Di dirimu aku menemukan
Yang mencintaiku
Yang menyayangiku
Di dirimu aku ketakutan
Kau biarkanku
Kau tinggalkanku

Reff:
Bila kamu tak lagi denganku
Ku tak tahu apa ‘tuk jalani hidupku
Bila memang kau pergi dariku
Ku tak ada lagi di dunia ini

Mengertikah kau siang malamku
Dan tangis tawaku
Kau semua hidupku
Pandang aku pandanglah hatiku
Aku tak mampu melangkah tanpamu

Back to Reff

Bukan ku tak punya harga diri
Tapi dirimu begitu berarti
Kaulah nafasku engkau harga diriku
Mengerti aku….

Back to Reff

Tuesday 22 February 2011

Program BAIK :Live Enlighten in Dean (LED) with Al-Quran & As-sunnah


Assalamualaikum! Di artikel yang lepas telah disebutkan tentang program LED yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Petikan daripada artikel itu:


"Kenapa LED? Apa signifikannya? Kerana seperti yang kita tahu, LED itu sendiri memancarkan cahaya, dan dalam Al-Quran al-Karim sendiri, terdapat banyak ayat-ayat yang menerangkan tentang cahaya atau nur ini.

Simboliknya, Islam membawa kita keluar daripada kegelapan kepada cahaya yang terang benderang.
Daripada kegelapan jahiliyah kepada cahaya keimanan.
Betapa indahnya Islam, dan betapa indahnya ayat-ayat suciNya^_^

".....Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan sebuah kitab yang jelas. Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan yang selamat. Dan Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang-benderang dengan izin-Nya, dan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus." (Al-Maaidah, 15-16)

Jadi, program 'LED:with Al-Quran & As-Sunnah' sendiri diharapkan dapat membuatkan kita menghayati kembali nilai-nilai Islam dalam diri kita, supaya kita menjadi muslim yang lebih baik insyaAllah, keluar daripada kegelapan dan hidup dalam cahaya Islam yang syumul~"



LED insyaAllah akan berjalan mulai 4-11 Mac 2011. Disebabkan kekangan masa, acara terpaksa dikurangkan berbanding "Bulan Kesenian Islam" yang pernah dijalankan dahulu.

Antara acara & pertandingan yang akan berlangsung ialah:


1) Majlis Pembukaan & Pertandingan hafazan(4/3/11)

Bermula dengan Pertandingan Hafazan bagi perempuan;
diikuti dengan perkongsian bersama Ustaz Rofiqi; dan
diteruskan dengan Pertandingan Hafazan bagi lelaki

2) Pertandingan KULTEN(7/3/11)

Sebelum ini, pernah diadakan KULIM(kuliah lima minit) & KULTUM(kuliah tujuh minit).
Disebabkan kurang puas dengan lima & tujuh minit, maka kini KULTEN pula diadakan, iaitu kuliah sepuluh minit ! (percayalah, 10 minit sangat sekejap jika anda yang bercakap di hadapan:)

3) Ekspo LED(8/3/11)

Acara yang akan dijalankan:
Pameran buku-buku Islami
Jualan
dan macam-macam lagi:)

4) Pertandingan sketsa dan majlis penutup (11/3/11)

Dimulakan dengan pertandingan sketsa
Diikuti dengan majlis penutup dan penyampaian hadiah.

Tema, syarat-syarat pertandingan dan sebagainya akan diedarkan kepada setiap batch & melalui usrah iaitu melalui naqib / naqibah anda. Untuk mendaftar, sila hubungi wakil-wakil setiap batch iaitu:

07- Farizan &Nadhira
08- Khairul Anwar & Farah Wahidah
09- Azrul Reesha & Rozaliamisah
10- Amirul Kamal & Syahirah

Melalui program ini, diharapkan kita dapat mengambil bahagian dan cuba untuk mengambil tahu akan apa itu Islam? Soalan yang sepatutnya sudah boleh dijawab oleh insan yang bersyahadah. Islam agama rahmat untuk seluruh alam.. bukan hanya milik golongan tertentu.

Sama-sama kita belajar tentang cara hidup yang kita cintai ini...


copied sebijik from: Biro.Agama.Islam.KUBI-B.A.I.K blog ( hehheheheh...)

SEMOGA PROGRAM2 ini BERJALAN LANCAR DENGAN RAHMATNYA.AMMEENN...

p/s: jgn lupa sebar2 kn kat kwn2, junior2, senior2, teman2, cewek2, cowok2... yer!....

Thursday 17 February 2011

:;maulidur rasul::

Assalamualaikum.

Sempena hari maulidur rasul tercinta kita ,Nabi Muhammad s.a.w pada 15 februari yg lepas bersamaan dgn 12 rabiul awal 1432 H..jom kita mendengar ceramah bagi mengisi masa yg sedia ada dan menambahkan ilmu yg sedia ada.semoga beroleh manfaat~















p/s :kalau leh layan laverage, cte korea, cte house yg ber "season'2...inikan pula ceramah yg hanyer ade 7 video pendek2.he3

selamat beramal!

::aku SaYANG KAmu::

assalamualaikum :)
teman2, makcik2,pakcik2, abang2,adik2..kakak2 semua..



berdirinya sy disini bukan untuk membebel, tapi untuk meluahkan sedikit isi hati yang sudah lama terpendam ini.(bukan senang nak luah perasaan kt awam nih~jiwang lak samdol nih)...

jiwa terguris melihat dirimu berubah oh rakan ku,
hati menangis melihat kamu berubah oh rakanku,
untuk menegurmu lidah ke lidah bimbang persahabatan kita lerai
ku tahu imanku tak sekuat itu
ku cuba coretkan di sini agar kau berubah oh rakanku
mungkin aku bukan lah insan yang baik
mungkin aku bukanlah sesuci kain yang putih
kerna aku juga insan biasa sepertimu yg xlekang dr kesilapan
tapi rakanku,ku rasa peringatan ku ini penting sebelom kau hanyut dibuai dunia
tahu kah engkau apa itu "batas"
dulu kau cukup menjaga "batas" ini
'batas' apakah itu??


batas2 antara kita dan kaum xy,ya kaum adam
ku sedih melihatmu bertepuk tampar bagaikan dia bukan batas mu
ku sedih melihatmu membiarkan dia memegang mu
apa itu mkna "syg" bagimu???cinta??
sygnya dia sampi menarikmu ke pintu neraka
sygnya dia kepadamu sampai membuatkan engkau lupa mungkar tuhanmu
jika itu tafsir syg ,cinta ,kasih bagimu maka "jahanamlah" ia bagiku
belom tentu lagi dia suamimu
jika bukan, dimana hak suamimu nanti
fikirkan lah wahai rakan-rakanku
bayangkan lah wajah ibubapa mu
adakah ini yg mereka harapkan darimu setelah sekian lama diberi didikan agama??
mungkin ini bagimu kecil,tp ingat setan itu tidak akan berenti menghasut
menghasut agar mu melakukan sesuatu yg lebih besar
jaga2 lah wahai rakan2 ku
ku sedih perasaan malumu sudah hilang
di mana dirimu dulu wahai sahabat??ku rindu dirimu itu
mungkin sedikit kasar luahanku
maafkan aku rakan ku
tapi
rakan
ku sayang kamu
ku sayang kamu.

semoga terbuka hatimu untuk berubah dan bertaubat.sesungguhnya pintu taubatNYA sentiasa terbuka luas.AAmeen.



ohhh...begitu lah luahan ku.mungkin xsesedap a samad said punya sajak tapi harap intinya berguna buat rakan2ku.bagi rakan yg xmakan cili mungkin xterasa pedas akan tulisan di atas tapi jgn ingat kita tidak akn diuji dgn benda2 sebegini.kuatkan iman di dada dan semoga kita kuat menjalaninya.

sebelom mengakhiri sesi luahan nih...sy sertakan buah tgn untuk korang2 semua dengar~








jika menonton filem boleh tgk 2-3 jam..apa salahnya kita melihat video nih yg hanyer 3 mnit 20 saat.....k.selamat beramal semua!

odiousss~

Saturday 5 February 2011

bakpo sayo gewe???


Bagi yang sedang bercinta / jatuh hati pada seseorang tapi xmampu nak berkahwin,
(Isu panazzz yang lebih hangat daripada pisang goreng ) hehe..

1. Saya daa ter`jatuh’ hati kat die laa… camno ni?

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”.Surah An-Nur: 32

"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”.Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas

“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar

2. Aiyaak, tapi kan saya x cukup duit laaaa nak kawin..huhuhu

“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”.Surah An-Nur : 33

Rasulullah S.A.W bersabda :
“Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.

3. Memang saya xcukup duit / xmampu nak kahwin, tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” lak ngn org lain.…melepas arr saya nanti T_T

Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa."
Surah Al-A’raf : 128

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa” Surah Al-Hajj : 40

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. Surah Al Insyirah : 5-6

Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.
Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu..

4. Tapi saya daa syok abes kat dia.. I can’t live without him/her..

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. Surah An-Nur : 30

“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”. Surah Al-Jatsiyah : 18

“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”.
Riwayat Bukhari

5. Ala.. saya bercinta bukan selalu pon dapat jumpa dia.. dia duduk jauh.. kite orang xpernah pon berdua2an…

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”. Surah Al-Isra : 32

“Pandangan adalah panah beracun dari panah-panah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”. Musnad Ahmad

“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”. Riwayat Bukhari Muslim

6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia seorang je yang boleh terima saya..

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”. Surah Yasin : 36

“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”. Surah Az-Zukhruf : 12

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”. Surah Ar-Rum : 21


7. Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up lah saya camni!

Abdullah Ibnu Mas’ud pernah berkata :
“Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.

Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda :
“Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”. Riwayat Ibnu Majah.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”. Riwayat Abu Mansur Al-Dailami

duhai pemuda pemudi siswa siswi IPTA IPTS sijil diploma ijazah master PHd.

Kesimpulannya :

Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alasan untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segera lah berkahwin… lepas kahwin nak layan sangat perasaan cintan tuh tiada siapa nak halang..Kalau x mampu, tiada cara lain, didiklah diri agar nafsu tidak mempengaruhi diri ini.. berdoalah kepadaNya dan pintalah, kerana sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat meminta pertolongan..

Tidak dinafikan, memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang bertaqwa. Silap2 kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!
Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI dan PASTI Allah jadikan dunia tunduk pada kita..ingatlah, ’bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor’…

setakat ini sahaja..semoga kita memperoleh sesuatu hari ini, dan mampu membentuk benteng kesedaran dalam diri kita semua agar menjadi dapat mendidik diri ke arah mendapat keredhaan dariNya..InsyaAllah..

p/s: perkongsian bersama.renung2kan dan selamat beramal.