Sunday, 13 December 2009

21 DISEMBER 2012 KIAMAT???


krooohhh.....krooohhhh.....waaaaaaa....nikmatnyer tido....alamak!!!tertido lagi....ni kali ke-2 aku tertido tgk cite 2012...huhuhuuhuh...kena tgk lg....huh!...mcm maner leh tertido ni....nmpk sgt cite ni boring...hahahaah.yer ke???padahal sbb xde subtitle,so den xbpe paham n mlas nk paham...hahhahahaaa....yela kn...tgk dvd cetak rompak jer,xreal....sejak den berade di bumi indonesia ni..den byk koleksi cite,ye la murah n senang didapati,xyaH TKOT bapak polisi,sure xkna tangkap..wahahaa....tp cite ni,den xboli pom..pinjam kwn punyer,Mira nmernyer....die pom xtgk g,tp den tgk dulu..wakakaka..jahat toi...bukan la...die takot nk tgk..sbb ulamak kat indonesia cam xgalakkan tgk takot memesongkan akidah umat ISlam...so,sikalang den nk cte la ckit pasal cte ni


setelah den berjaya menengok tnpa melelapkn mata....

SyNOPSIS
Filem 2012 berkisarkan tentang kemusnahan dunia pada 21 disember 2012 akibat pelbagai bencana alam seperti letusan gunung berapi , tsunami dan taufan yang berlaku serentak. Dunia dikatakan telah kiamat seperti ramalan dalam kalendar kuno kaum Mayan. Filem arahan Roland Emmerich ini mengisahkan Jackson Curtis (lakonan John Cusack) seorang penulis berusaha untuk menyelamatkan keluarganya dan orang sekelilingnya daripada malapetaka. Adrian Helmsley (Chiwetel Ejiofor) seorang saintis turut sama berusaha untuk menyelamatkan dunia. Untuk itu kerajaan telah membina kapal untuk menyelamatkan manusia namun usaha ini masih membayangkan jiwa tamak yang ada dalam diri sesetengah manusia apabila wang masih menjadi syarat untuk diselamatkan. Sementara Curtis menggunakan pengetahuannya tentang ramalan kuno ini bagi memastikan dia dapat membantu menyelamatkan manusia.

Judul Filem : 2012

Pelakon : John Cusack,Chiwetel Ejiofor, Danny Glover, Amanda Peet, Thandie Newton, Oliver Platt

Pengarah : Roland Emmerich

Terbitan : Columbia Pictures

Tarikh mula tayangan di Malaysia : 12 nov 09

Beberapa perkara DEN nak komen pasal cite ni :
1. Kiamat : kepada orang Islam, diingatkan bahawa tiada siapa yang tahu tarikh sebenar kiamat bahkan Rasulullah sendiri...kalau korg tgk la kan,pemusnahan dalam cte ni xla dasyat sgt...klu dibndingkan dgn kuasa yg MAHA ESA.....

MEREKA BERTANYA KEPADA MU(WAHAI MUHAMMAD) TENTANG HARI KIAMAT,BILAKAH MASA DATANGNYA?KATAKANLA H,SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN MENGENAINYA HANYALAH ADA DI SISI TUHANKU,TIDAK ADA SESIAPAPUN YANG DAPAT MENERANGKAN KEDATANGANNYA PADA WAKTU NYA MELAINKAN DIA.(HURU HARA)HARI KIAMAT ITU AMATLAH BERAT LAGI MENGERUNKAN MAKHLUK MAKHLUK YANG ADA,DI LANGIT DAN JUGA DI BUMI,IA TIDAK DATANG KEPADA KAMU MELAINKAN SECARA MENGEJUT.MEREKA BERTANYA KEPADAMU SEOLAH OLAH ENGKAU SEDIA MENGETAHUINYA, KATAKANLAH, SESUNGGUHNYA PENGETAHUAN MENGENAI HARI KIAMAT ITU ADALAH DISISI ALLAH TETAPI KEBANYAKAN MANUSIA TIDAK MENGETAHUI.
(SURAH AL A’ARAF AYAT 187)


2. Pembinaan bahtera : mirip kisah nabi Nuh iaitu berlaku banjir besar di dunia dan sesiapa yang menaikinya sahaja yang terselamat
3. Bawa haiwan ke dalam bahtera : agak mirip kisah Nabi Nuh juga cuma dalam cerita 2012 ini, haiwan yang dibawa bukanlah berpasangan
4. Afrika : di penghujung cerita, satu watak mengatakan afrika merupakan puncak tertinggi ketika banjir tersebut, menggantikan himalaya. menurut pembacaan, kalau tak silap, bahtera nabi nuh mendarat di gunung ararat di turki yang terletak di pertemuan tiga benua Asia, Eropa dan Afrika.
5.Antara babak2 dalam citer tu:














ini jer kot setakat ini.

untuk dapatkan info tentang kaum maya berkaitan kalendar mereka yang dikatakan berakhir pada 21 Disember 2012, anda bolehlah tanya pakcik google ye. nak copy paste panjang sangat pulak..

nak tegaskan di sini bahawa den TAK PERCAYA kiamat pasti akan berlaku pada 21.12.2012. kiamat boleh berlaku pada bila2 masa yang Allah kehendaki. dan mungkin sebahagian daripada kita mati dahulu sebelum tibanya kiamat. hanya Allah Maha Mengetahui.....





No comments: