kali ni den nak cite pasal medic la plak..ramai yg masih kebingunan n konpius dgn campak dan cacar air ataw nmer lain nyer chickenpox dan measles...ataw nmer lain lg varicella and rubeola...bkn rubella taw..dan bkn juga belladonna...
Emmmm...sbg bdak mdik,den harus taw smua ni supaye nanti den xsilap buat diagnosis..den bkn apa, den ckup menyampah dgn doctor yg tersilap buat diagnosis nih..hihihih...tp..tp... den lupe yg den jge bakal menghadapi situasi yg sme kelak...alamak!!. den juga lpe yg doctor hanyer manusia biase yg xlekang dari kesilapan...remember " DOCTOR IS NOT GOD'..huhuhuh..so den berdoa semoga den diberi kekuatan dan peringatan untuk belajar bersungguh-sungguh spy nanti xsilap bg ubat kt patient n spy xdisumpah seranah oleh patient ..So jom kite menerjah alam medik sebentar..zaaasssss...layar.....
@jintungan@bertih
- Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus.
- Name Virus nyer adalah virus varicella zoster.
- Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap.
- Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang.
- Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).
- Ianya merebak (transmission):
- Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
- Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air.
- Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.
Apakah tanda-tanda dan gejala (sign n symptom)?
- Anak anda akan mendapat cacar air 13–17 hari selepas terdedah kepada seseorng yang mengidap cacar air.
- Cacar air merebak 1-2 hari sblom ruam kelihatan sehingga semua ruam berkeruping dan kering.
- Biasenyer pada kanak2 jangkitan cacar air yg xserius tp pade org dewase boleh menjadi serius
Gejala-gejala :
- Demam,rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
- Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka,kepala,kedua-dua lengan dan kaki.
- Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah,kering dan menjadi keruping (4 -5 hari)
- Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.
Cacar air
Walaubagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kadang kepada kanak-kanak.
Apakah komplikasinya?
- Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih.
- Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.
Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:
- Jangkitan kuman pada kulit
- Jangkitan pada darah
- Radang paru-paru
- Keradangan otak
Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?
Amnya:
- Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawanya akan turut dijangkiti.
- Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
- Minum banyak air masak.
- Ambil makanan yang seimbang.
- Sentiasa membasuh tangan.
Untuk rasa gatal:
- Sapu losen kalamine di tempat ruam.
- Mandi dengan kerap dan sabun dengan menggunakan campuran baking soda dengan air suam beberapa kali sehari untuk mengurangkan rasa gatal.
- Potong kuku pendek untuk mengelakan kecederaan kulit semasa menggaru.
- Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.
Ubat antivirus (acyclovir yg slalunyer dr kasi) untuk cacar air boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doctor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:
Berumur 12 tahun ke atas.
- Mengidap penyakit paru-paru yang kronik.
- Mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.
- Bayi yang baru lahir.
Bagaimana cacar air boleh dicegah?
- Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Minta nasihat doktor.
- Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.
- Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.
Pengenalan
- Campak merupakan penyakit mudah berjangkit yang selalunya menyerang kanak-kanak , namun ia juga boleh berlaku pada semua peringkat umur.
- 90% org yang tidak berimunisasi berada berdekatan pesakit akan dijangkiti dengan mudah.
- Ia menjangkiti sistem respiratori dan menyebabkan ruam kulit.
- Seseorang boleh dijangkiti selama 1 hingga 2 hari sebelum tanda tanda dapat dilihat dan sehingga 4 hari setelah ruam timbul.
- name virusnyer adalah rubeola virus.(specifically a paramyxovirus of the genus Morbillivirus. Morbilliviruses, like other paramyxoviruses, are enveloped, single-stranded, negative-sense RNA viruses)
Cara merebak (Transmission):
- bersin, batuk dan bahan terjangkit dan permukaan yang terdedah kepada pesakit.
Tanda dan Gejala
- Gejala bermula 10 – 12 hari selepas terdedah dengan pesakit,
- Gejala awal adalah seperti hidung berair, batuk, hidung tersumbat, mata merah, sakit otot , sensitif terhadap cahaya dan demam.
- Selepas 2 hingga 4 hari gejala tadi, ruam badan dan tompokan putih di dalam mulut mula timbul.
Ruam bermula di kepala dan merebak ke bahagian lain, berkembang ke bawah dan bersatu antara satu sama lain. Ia akan beransur hilang dalam masa 4 hari sebagaimana tempoh ia berlaku.
Komplikasi
Kebanyakan pesakit campak akan sembuh sepenuhnya , namun ada sesetengah yang akan menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan komplikasi lain berlaku antaranya:
- Jangkitan telinga
- Pembesaran Nodus Limfa
- Inflamasi otak : 1 dalam 1000 kes campak
- Jangkitan paru paru
- Jangkitan bronkus
- Jangkitan peti suara
- Cirit birit atau muntah
- Semasa mengandung, ia boleh menyebabkan kelahiran pramatang, keguguran atau bayi lahir kekurangan berat badan.
- Kematian amat jarang berlaku ( satu atau dua daripada 1000 kes, selalunya disebabkan oleh jangkitan paru paru atau jangkitan otak.
Rawatan
- Acetaminophen (paracetamol) untuk mengurangkan demam dan sakit badan.
- Rehat (tidur ) dengan cukup.
- Pelembab yang menyegarkan ruang respiratori (pernafasan) dan menghilangkan batuk.
- Antibiotik diberikan kepada pesakit yang membentuk otitis media atau jangkitan kuman pada paru paru.
Pengasingan.
Pencegahan
Di Malaysia, vaksin campak biasanya diberikan bersama sama vaksin beguk, dan rubella ketika berumur satu dan tujuh tahun. Orang yang tidak berimunisasi dan adik beradik perlu diasingkan dari pesakit.
jom kite lihat gambar lak,
No comments:
Post a Comment