Saturday 2 January 2010

COuple ISLAmi...???


Hari ini, seringkali kita dengar dan lihat bagaikan sudah jadi budaya dari yang tidak bertudung hinggalah yang bertudung labuh, serta yang ber’cap’ hinggalah yang berkupiah rata-ratanya terjebak dalam percintaan tanpa ikatan atau lebih dikenali di kalangan remaja dengan COUPLE. Malah untuk pasangan ala-ala islamik dipanggil COUPLE ISLAMI. Bukan ke COUPLE dengan ISLAMI itu dua benda yang sangat bertentangan? Tidak salah bercinta, yang bersalahnya adalah memuja cinta. Sekarang kita bukan bercinta tetapi memuja cinta. Namun bukankah lebih manis jika percintaan itu dengan ikatan pernikahan. Pelikkan, kita takut nak nikah awal tetapi tak takut buat maksiat. Jika kita belum bersedia untuk melangsungkan pernikahan, ertinya kita juga belum bersedia untuk bercinta. Bersediakah kita untuk tidak meletakkan pasangan kita di atas cinta kita pada Allah?

Pelik kan bila mengaji Al Quran 10 minit dah terasa lama, kering tekak dan sebagainya namun bila bergayut dengan pasangan atau bila menghadap handphone 2 jam pun terasa sekejap. Masya Allah sahabat, jika begitu benarkah kita meletakkan Allah di tempat yang teragung dalam hati kita. Jika namanya terkenang-kenang di dalam solat, wajahnya terbayang-bayang, tidur tak lena dan mandi tak basah... jangan kita berani mencabar Allah. Janganlah kita mengundang murka Allah, kelak hidup tiada barakah. Terfikirkah kita apa punca semua perkara ini terjadi? Tidakkah terlintas bahawa ia semua lahir dari pandangan mata dan kurangnya perasaan malu? Dari dua perkara ini akan lahirlah pelbagai masalah lain seperti penyalahgunaan handphone.

Kita harus menjaga pandangan kita. Dari pandangan matalah lahir pelbagai masalah lain kerana ia terus turun ke hati. Memanglah jika hati bersih itulah yang terbaik, namun bersihkah hati kita? Allah sudahpun mengingatkan kita agar memelihara pandangan mata. Tidak kiralah lelaki atau wanita. Bagi yang lelaki rujuklah surah an-Nur: ayat 30 (Katakanlah pada lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya,...) dan untuk yang wanita surah an-Nur: ayat 31 (Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya,...). Apa yang disaksikan oleh kedua mata dan didengar oleh kedua telinga akan berjinak di dalam hati. Kemudian dalam hadith Rasulullah SAW, Baginda menyebut tentang perihal malu. Sabda Rasulullah SAW: setiap akhlaknya dan (punca) akhlak Islam itu adalah al-haya’ (malu). (Riwayat Malik, Ibn Majah dan Baihaqi). Malu dan iman adalah teman seiring jalan seperti dalam Sabda Rasulullah SAW: Malu dan iman adalah teman seiring jalan, jika yang satu diangkat maka terangkatlah pula satu lagi. (Riwayat Muslim).

Bagi seorang wanita yang dapat memelihara sifat malunya, di situ terletak daya penarik pada dirinya. Wanita yang mempunyai sifat malu dan memelihara kesuciannya akan menutup aurat mereka dan membataskan pergaulan mereka dengan lelaki yang bukan mahram. Kita hendaklah yakin dengan janji Allah bahawa sesiapa yang mengotori diri pasti akan rugi di dunia dan akhirat. Oleh itu, hendaklah sentiasa berdoa dengan doa Rasulullah SAW: “Ya Allah, berilah aku nampak kebenaran sebagai kebenaran dan berupaya mengikutinya, dan nampak kejahatan sebagai jahat dan berupaya menjauhinya.”

Perhatikanlah kata-kata pujangga Maulana Iqbal: “Jika ingin melihat keadaan sesebuah masyarakat pada masa kini, lihatlah pada akhlaknya golongan lelakinya pada masa kini. Tetapi jika ingin tahu keadaan masyarakat itu pada masa hadapan, lihatlah pada akhlak golongan perempuannya pada masa kini”. Sedarlah wahai sahabat, kita sudah jauh dari landasan Islam yang sebenarnya. Ketahuilah COUPLE dan ISLAMI adalah perkara yang sangat bertentangan bagaikan langit dengan bumi.

Tiada istilah COUPLE ISLAMI.....

SEKIAN.....

4 comments:

fadzreenwondergirl said...

bella.merujuk kpd perkare y kte bencangkan aritu,ko memang tlh meng'refresh'kan smule hati aku ni.yes!kne teguh pendirian,teguh iman!jgn mudah tepedaye dgn ajakan2 membawe kpd couple.kalo aku kapel swatu ari nanti,tlg pimpin aku balik eh bella hehhheeee

Fatin Nabilah Noordin said...

insyaallah selagi roh msih ada dlm badan aku,aku akan cbe tarik balik kwn2ku ke pangkal jaln...aku pom same..kite xtaw apa yg akan berlaku selepas ni..krana soal hati,hati manusia memg sgt rapuh,bila2 mse shja boleh berbolak balik dgn kehendakNYA..bak kte org ..its COMPLCATED..BCOZ there are no relationSHIP thAt not complicated...

Unknown said...

yes no such thing like 'couple islami'. ade kwn i yg ala2 muslimah ni pgl ukhuwah..heh...

erm2,,singgah cni btw..
rajin2 singgah my blog ;) [http://thekencana.blogspot.com]

Fatin Nabilah Noordin said...

tq hana ghazali...
ok insyaallah...i will singgah...